Skip to main content

Tips Kurangkan Penggunaan Gadget Pada Anak

Walaupun agak biasa tajuk tu, tapi saya tetap nak share bagaimana saya berjaya kurangkan penggunaan gadget pada anak sulung saya.

Anak sulung saya (abang) memang addicted gadget. Kami bagi dia seawal umur 3 tahun ipad dan dia addicted main games (macam ayah dia 😜). Seawal 3 tahun permainan Subway Suffer tu dia lah juara dengan mengumpul mata tertinggi sampai ayah dia pun kalah, dah kalau ayaj dia kalah, maknanya saya pun kalah dengan dia. Pagi sampai malam mengadap ipad, al maklumlah masa tu duduk umah mak mertua yang ada 24hours connected dengan unifi.

Walaupun saya nampak dia dari sisi kebaikan iaitu abang ni jenis tahap fokus memang tinggi. Kalau dia buat sesuatu, kalau kita bercakap mesti dia tak dengar sebab dia ralit. Lepas tu bila menggunakan ipad, dia jadi suka belajar menggunakan apps di situ.

Bila kami makin sedar yang gejala ini perlu dibendung, maka kami terpaksa tegas kali ini.

Perkara yang saya buat :

1. Saya tetapkan hari yang dia boleh main. Maknanya weekend sahaja dia boleh main ipad, itu pun saya hadkan 2 - 3 jam. Dia kena pilih sama ada nak ipad atau phone. Mulanya memang susah. Menangis siap dia marah memberontak. Kami tahankan hati demi kebaikan dia. Bermula la episod tiap-tiap hari dia akan tanya bilangan hari. Tapi kelamaan dia dah biasa, malah kekadang dia lupa nak minta kalau weekend tu. Sekarang ni kami tengah cuba kurangkan jam penggunaan dia.

2. Saya kaji kecenderungan minat dia arah mana. Saya cuba buat dia sibuk. Dia ni minat lego dan melukis. Maka saya beli dia lego dan drawing block serta alatan melukis. Maka bermula la episod penuh kertas A4, drawing block, atas lantai di rumah. Kami beli whiteboard (dah macam belacan dah drawing block). Bila dia tak dapat ipad, dia terus ambil kertas melukis. Tiap tiap bulan ada lego baru untuk dia. Selalunya kalau saya dapat gaji, saya spend RM 50 untuk lego dan RM 50 lagi untuk buku/alat tulis.

3. Saya banyak beli buku, dan saya simpan di dalam rak di ruang tamu. Tujuan supaya dia akan membaca sebab kalau dalam bilik, alamat memang tak berusik. Budak-budak kalau nampak depan mata baru dia nak tengok. Bawa dia ke kedai buku, saya bagi dia pilih buku mana yang hendak dibeli. Lagi satu nak bagi budak-budak baca buku, longgokkan buku tu maknanya sepahkan buku depan dia. Nanti pasti dia akan tertarik dengan buku itu.

4. Kalau weekend tu saya akan pelbagaikan aktiviti untuk dia. Benda yang dia akan ralit buat. Contohnya saya akan suruh dia basuh bilik air, memasak bersama dia. Memang mula-mula tu payah. Habis sabun dikerjakan mereka, tapi lama-lama mereka akan pandai. Kalau memasak tu selalunya baking cake. Cari resipi yang mudah untuk mereka ikut. Ini salah satu aktiviti yang mereka suka. Saya juga bela binatang yang mudah dijaga. Mula-mula kura-kura. Saya tugaskan mereka basuh dan beri makan. Sekarang kami bela arnab. Maka mereka akan beri makan dan main dengan arnab tersebut setiap petang. Kalau dulu di semenanjung kami selalu bawa ke swimming pool atau pergi jumpa sepupu mereka, sekarang weekend sahaja maknanya aktiviti mandi laut dan pergi muzium. Percaya atau tidak, anak saya suka pergi muzium hahahaha..

Alhamdulillah so far berjaya. Anak sulung saya pandai bergaul dengan kawannya, banyak cakap cuma dengan orang yang dia tak berapa kenal dia akan malu. Anak kedua saya alhamdulillah dia tak addicted dengan gadget ni. Kalau dia main pun, dalam 15minit macam tu je dia pegang.

Doa semoga istiqamah.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…