Posts

Showing posts from October, 2016

Resipi Puding Karamel Yang Sangat Mudah

Image
Petang semalam rasa macam nak makan puding karamel, maka me-rajinkan diri untuk ke dapur walaupun terasa malas la sesangat. Terfikir Encik Suami balik kerja dan anak-anak nak minum petang maka gigihkanlah juga.
Puding karamel versi saya memang simple dan mudah. Kalau susah, jangan haraplah saya nak buat hahaha (sudah nampak kemalasan di situ). 
Bahan-bahan :
3 sudu besar gula 4 biji telur saiz gred B 1 tin susu cair 1/4 susu pekat (kalau suka manis, boleh tambah) 5 keping roti 1 tin air suam (ikut sukatan tin susu tadi) 2 sudu besar serbuk koko 
Cara membuat :
1. Panaskan gula ke dalam periuk hingga warna keperangan. Tambahkan sedikit air (hati-hati ketika menuangnya kerana ia akan meruap), kacau semula hingga gula menjadi perang.
2. Setelah gula masak, letakkan ke dalam loyang, ratakan dan buat seperti satu lapisan. Kemudian sejukkan.
3. Carikkan roti menjadi kepingan kecil, masukkan bersama susu cair, susu pekat, air suam, telur yang sudah dipukul. Kemudian masukkan bahan - bahan ini ke dalam bl…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Image
Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…

Batik Canting Tangan

Image
Korang penggemar batik canting tak? Ala kat wardrobe korang mesti ada satu kan? Bak kata orang perempuan, jika tak ada maknanya tak cukup lagi koleksi pakaian tu kat almari. Meh hari ni nak promote satu FB yang menjual batik canting tangan yang amatlahhh tersuka dan ter-gojes nya corak. Exclusive bak hang. Kenapa exclusive? Meh nak cakap, exclusive sebab design dia 1 corak hanya terdapat pada 1 kain. No copy tau. So maknanya jika beli, anda jelah yang ada corak tu. Nampak tak betapa exclusive-nya.Warna memang cun melecun, tak payah risau. Silalah scroll gambar dibawah, mesti terpikat melekat dalam hatinya. Harga? Tak perlu risau lah memang terendah dan termurah di pasaran. Harga mampu milik punya. Tak cukup glam, boleh tambah batu dengan harga tambahan RM10 sahaja. Cakap sahaja nama blog ni, pasti tokey kasi murahnya. Sementara tu jangan lupa, jangan tak klik kat link bawah ni untuk melihat koleksi terbaik batik canting tau. Psst pstt dengar cerita dia bukan jual batik sahaja, malah a…

Resipi Mudah : Kuih Mochi

Image
Hari ini setelah melihat iklan Japan Tourism terus teringin nak makan mochi. Macam terasa-rasa kat dalam mulut keenakan dan keliatan mochi ni.
Maka petang ni, jadi rajin nak bermain dengan tepung. Sebenarnya buat mochi ni teramatlah senang. Jom kita tengok bahan-bahannya.
2 cawan tepung pulut 240 ml air gula (ikut suka nak manis mana) pewarna (tapi saya  buat tak bubuh pewarna, so kurang cantik) inti kacang merah
Cara membuatnya :
1. Gaul tepung pulut, air, dan gula serta pewarna (hijau,merah,kuning ikut kerajinan) sehingga sebati.
2. Kukus adunan tepung selama 15 minit.
3. Taburkan tepung jagung di atas dulang, nak bagi senang menguli nanti.
5. Sementara tepung masih panas, buat bentuk bulat, pastikan tangan kering dan disalut dengan tepung jagung bagi memusahkan proses membentuk. Masukkan inti kacang tadi ke dalam tepung. Tepung tu kalau dah sejuk memang susah nak bentuk maka kebalkan tangan anda ketika membuat bentuk ye. 
Siap. Yeayy senangkan. Terus ngap masuk dalam mulut. Selesai. Walaupun r…

Resipi Mudah, Simple & Petik Jari : Scones

Image
Cuaca kat luar mendung, tanda-tanda nak hujan. Tetiba teringat scones. Orang cakap scones makan panas - panas sedap. Tambah sapu jem atau butter pekena dengan kopi pekat. Ok, meleleh air liur. Maka bergegaslah saya ke dapur menyediakan bahannya. Sumpah senang sesangat nak buat, petik jari je.
Bahan -bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu besar baking powder (tepung penaik) 4 sudu besar mentega 1/2 cawan susu segar / susu cair Nampak tak? 4 bahan je kawan-kawan. Sah sah bahan ni ada je kat rumah kan. 
Cara membuat : 
*pre heat oven 180°c, 20 minit
1. Ayak tepung gandum, baking soda dan garam. 
2 . Masukkan 4 sudu mentega. Ramas dengan jari sehingga nampak macam peroi (macam mana nak jelaskan peroi tu. Ala korang tahu kan?)
3. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Jangan masuk sekaligus ye, takut doh jadi lembik lak. 
4. Uli doh setebal 3cm (korang agak-agak ye) dan tekap menggunakan acuan bulat. Saya guna penutup botol susu anak sahaja.
5. Bakar 200°c selama 20 minit 

Saya buat …

Checklist Untuk IbuBapa

Image
Checklist untuk mommy and daddy setiapHari : ✔ Berikan pelukan anak setiap hari
✔ Dengarlah cerita anak anda
✔ Hargailah permainan anak anda
✔ Mulakan hidup anak anda dengan panggilan yang baik
✔ Cium anak anda sebelum mereka masuk tidur
✔ Berikan pujian kepada anak-anak untuk kebaikanp/s : peringatan untuk diri sendiri

Apa Khabar Jiran???

Petang ni buat 'birthday party' anak secara kecil-kecil. Alah panggil jiran sebelah rumah je pun, dengan kawan-kawan anak. Adalah dalam 7orang budak. Oklah meriah macam 20 orang gamaknya. Jiran sebelah rumah saya ni baru pindah sebelah rumah, asalnya dia duduk rumah di hadapan saya, kira dah lama jugak la dia tinggal di lorong kawasan perumahan ini. Biasalah gossip mak mak petang hari sehinggalah timbul cerita bekas jiran lama sebelah rumah saya. Dijadikan cerita bekas jiran saya berpindah selepas raya disebabkan sudah 5bulan tertunggak sewa, bil air dan elektrik dipotong sebab tak bayar. Mempunyai 2 orang anak dan isteri bekerja. Saya tidak sempat berkenalan dengan isterinya. Asal saya nak tegur, dia akan masuk rumah kalau nampak saya keluar. So boleh faham ye kenapa saya tak dapat nak berkenalan. Dijadikan cerita, anak-anaknya selalu menjenguk rumah saya sebab nak tumpang tengok tv. Pada asalnya saya agak pelik kenapa budak -budak ni asal jam 4ptg mesti jenguk tingkap rumah …