Skip to main content

Apa Khabar Jiran???

Petang ni buat 'birthday party' anak secara kecil-kecil. Alah panggil jiran sebelah rumah je pun, dengan kawan-kawan anak. Adalah dalam 7orang budak. Oklah meriah macam 20 orang gamaknya. Jiran sebelah rumah saya ni baru pindah sebelah rumah, asalnya dia duduk rumah di hadapan saya, kira dah lama jugak la dia tinggal di lorong kawasan perumahan ini. Biasalah gossip mak mak petang hari sehinggalah timbul cerita bekas jiran lama sebelah rumah saya. Dijadikan cerita bekas jiran saya berpindah selepas raya disebabkan sudah 5bulan tertunggak sewa, bil air dan elektrik dipotong sebab tak bayar. Mempunyai 2 orang anak dan isteri bekerja. Saya tidak sempat berkenalan dengan isterinya. Asal saya nak tegur, dia akan masuk rumah kalau nampak saya keluar. So boleh faham ye kenapa saya tak dapat nak berkenalan.

Dijadikan cerita, anak-anaknya selalu menjenguk rumah saya sebab nak tumpang tengok tv. Pada asalnya saya agak pelik kenapa budak -budak ni asal jam 4ptg mesti jenguk tingkap rumah saya minta buka pintu nak tengok tv. Tetiba tergerak hati nak tanya ada tv tak kat rumah. Budak -budak ni menjawab "Tak ada. TV dah jual ayah tak cukup wang". Saya meraguinya sebab nampak piring astro di bumbung rumah. "Tu ada astro?". Budak tu menjawab lagi " Ayah dah lama tak bayar bil". Sampai di situ sahaja saya bertanya.

Pada petang ni agak terkejut bila jiran baru saya itu bercerita. Rupanya budak -budak itu selalu datang ke rumah jiran saya minta makanan. Sebab ayah tidak cukup wang nak beli lauk. Allahu silap saya tak bertanya pada mereka. Rasa bersalah rasanya. Padahal kami yang paling hampir dengan mereka.  Tidak mengetahui mereka mempunyai masalah kewangan sampai sebegitu. Sebab tiap-tiap hari ayahnya pergi bekerja dan isterinya adalah seorang guru. Maka saya berpendapat tidak ada apa-apa masalah. Mungkin kami baru berpindah ke sini, anaknya segan untuk meminta apa-apa daripada kami.

Pengajaran untuk kami sekeluarga, rajin-rajin bertanya khabar jiran sebelah. Kita tak tahu kesusahan apa yang mereka alami, tapi mungkin kita boleh ambil tahu daripada anak-anak mereka.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…