Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 

1. Raff Restoran 

Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).

Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang
Hari : Setiap hari kecuali diberitahu
Signature Dish : Daging Masak Hitam.
Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.

Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Laksa Sarawak. 

Mee Rebus pun ada.

Tapi tapi signature dish restoran ini ialah daging masak hitam. Waktu lunch memang laku lah lauk ni. Daging dia lembut (macam masak guna pressure cooker), cukup rasa memang sedap lah. Maaf tiada gambar. Kalau 
sesiapa datang sini, jangan lupa rasa. Kalau tak rasa memang rugi sangat sangat. Selain itu jangan risau, lauk makan tengah hari dia memang banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih mana. 

2. Duan Satay Station, Kg Layang Layangan.

Lokasi : Jika dari bandar, pergi ke arah Taman Layang Layangan @ Taman Damai. Sampai nampak roindabout kecil,ambil jam 9, sebelah kanan Taman Damai, sebelah kiri sekolah agama, jalan terus akan nampak signboard Restoran MS, pandu sampai nampak rumah kayu warna pink belah kanan maka kat situlah Restoran Duan Satay Station.


Dalam banyak-banyak kedai sate yang saya kunjungi di Labuan, di sini paling sedap terutama sate kambing dan daging. Memang sedap, cukup segala rempah dan lemak. Harga sate 
ayam : RM 0.70
daging : RM 0.70
kambing : RM 1.00
payau/rusa : RM 1.00

Kalau anda tidak mahu makan sate, di sini juga ada menjual soto dan burger. Tapi rugilah jika tidak merasa sate di sini.

Kalau hujung minggu memang fullhouse. Penuh. Memamg teramat ramai. Jadi, jika anda ke Labuan selain menikmati makanan laut yang murah, anda boleh cuba makanan di restoran ini. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil