Resipi Mudah : Kuih Mochi



Hari ini setelah melihat iklan Japan Tourism terus teringin nak makan mochi. Macam terasa-rasa kat dalam mulut keenakan dan keliatan mochi ni.

Maka petang ni, jadi rajin nak bermain dengan tepung. Sebenarnya buat mochi ni teramatlah senang. Jom kita tengok bahan-bahannya.

2 cawan tepung pulut
240 ml air
gula (ikut suka nak manis mana)
pewarna (tapi saya  buat tak bubuh pewarna, so kurang cantik)
inti kacang merah

Cara membuatnya :

1. Gaul tepung pulut, air, dan gula serta pewarna (hijau,merah,kuning ikut kerajinan) sehingga sebati.

2. Kukus adunan tepung selama 15 minit.

3. Taburkan tepung jagung di atas dulang, nak bagi senang menguli nanti.

5. Sementara tepung masih panas, buat bentuk bulat, pastikan tangan kering dan disalut dengan tepung jagung bagi memusahkan proses membentuk. Masukkan inti kacang tadi ke dalam tepung. Tepung tu kalau dah sejuk memang susah nak bentuk maka kebalkan tangan anda ketika membuat bentuk ye. 

Siap. Yeayy senangkan. Terus ngap masuk dalam mulut. Selesai. Walaupun rupa tak berapa cantik, asalkan rasanya sama jadilah.

Jangan lupa cuba ye. Mudah sangat.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil