Resipi Mudah, Simple & Petik Jari : Scones


Cuaca kat luar mendung, tanda-tanda nak hujan. Tetiba teringat scones. Orang cakap scones makan panas - panas sedap. Tambah sapu jem atau butter pekena dengan kopi pekat. Ok, meleleh air liur. Maka bergegaslah saya ke dapur menyediakan bahannya. Sumpah senang sesangat nak buat, petik jari je.

Bahan -bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder (tepung penaik)
4 sudu besar mentega
1/2 cawan susu segar / susu cair
 
Nampak tak? 4 bahan je kawan-kawan. Sah sah bahan ni ada je kat rumah kan. 

Cara membuat : 

*pre heat oven 180°c, 20 minit

1. Ayak tepung gandum, baking soda dan garam. 

2 . Masukkan 4 sudu mentega. Ramas dengan jari sehingga nampak macam peroi (macam mana nak jelaskan peroi tu. Ala korang tahu kan?)

3. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Jangan masuk sekaligus ye, takut doh jadi lembik lak. 

4. Uli doh setebal 3cm (korang agak-agak ye) dan tekap menggunakan acuan bulat. Saya guna penutup botol susu anak sahaja.

5. Bakar 200°c selama 20 minit 


Saya buat bentuk kecil-kecil sebab senang nak beri anak-anak nak makan. 

Lembut dan rasa berlemak. 

Scones memang sedap di makan dengan jem. Sesuai di makan waktu minum pagi atau minum petang. Anak pasti suka.

Selamat mencuba.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil