Resipi Puding Karamel Yang Sangat Mudah


Petang semalam rasa macam nak makan puding karamel, maka me-rajinkan diri untuk ke dapur walaupun terasa malas la sesangat. Terfikir Encik Suami balik kerja dan anak-anak nak minum petang maka gigihkanlah juga.

Puding karamel versi saya memang simple dan mudah. Kalau susah, jangan haraplah saya nak buat hahaha (sudah nampak kemalasan di situ). 

Bahan-bahan :

3 sudu besar gula
4 biji telur saiz gred B
1 tin susu cair
1/4 susu pekat (kalau suka manis, boleh tambah)
5 keping roti
1 tin air suam (ikut sukatan tin susu tadi)
2 sudu besar serbuk koko 

Cara membuat :

1. Panaskan gula ke dalam periuk hingga warna keperangan. Tambahkan sedikit air (hati-hati ketika menuangnya kerana ia akan meruap), kacau semula hingga gula menjadi perang.

2. Setelah gula masak, letakkan ke dalam loyang, ratakan dan buat seperti satu lapisan. Kemudian sejukkan.

3. Carikkan roti menjadi kepingan kecil, masukkan bersama susu cair, susu pekat, air suam, telur yang sudah dipukul. Kemudian masukkan bahan - bahan ini ke dalam blender/alat pengisar. Kisar sehingga sebati.

4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian lagi letakkan serbuk koko.

4. Letak loyang ke dalam pengukus (pastikan alat pengukus sudah dipanaskan terlebih dahulu). Tuangkan bahagian putih dahulu ke dalam loyang. Kukus selama 20-25 minit sehingga masak.

5. Setelah masak, tuangkan bahagian coklat. Tuang secara perlahan agar lapisan coklat tidak bercampur dengan lapisan putih. Kalau tak nanti tak cantik. Kukus selama 25 minit lagi. 

6. Setelah masak, sejukkan dahulu di dalam pengukus. Kemudian letakkan ke dalam peti sejuk.

7. Setelah sejuk, hidangkan.

Maaf lah rupa tidak berapa cantik. Tapi yang penting, rasanya memang sedap.

Bahagian sisi.

Mudahkan. Kalau tak mudah, jangan harap saya nak buat. Terasa nyaman di dalam mulut. Sedap. 

Bila hidang sekejap je dah licin. 

Cantikkan lapisan coklat tu. Anak saya boleh makan 3 keping terus. 

Mesti cuba tau sebab senang sangat dan mudah.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil