Resipi Cucur Kentang

Di sini sekarang musim hujan. Awal pagi hujan sampai ke tengah hari. Sepanjang hari mendung. Alhamdulillah, rahmat Allah. Tapi mood malas tu makin menjadi jadi nampaknya. 

Maka petang buatlah cucur kentang yang teramatlah mudah dan super senang. Janji budak-budak suka, Encik Suami pun laju je makan.


Bahan-bahannya :

3 biji kentang 
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
daun bawang
sedikit garam
1 biji telur.

Cara membuatnya :

Sagat halus kentang. Lepas disagat, masukkan ke semua bahan di atas. Pastikan telur sudah dipukul dahulu, baru masukkan.

Kacau sehingga sebati. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Bila masukkan ke dalam kuali, pastikan jangan tebal. Buat nipis -nipis, supaya lebih rangup. 

Budak-budak kan suka benda rangup-rangup ni. Kalau tebal-tebal, tidak berapa sedap nanti.

Siap dihidangkan. Cicah dengan sos cili campur mayonis, memang laju je habis.

 Terliur jap. 


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil