Resipi Kuih Bingka Roti

Sebelum nak update trip minggu lepas, marilah kita up satu lagi resipi minum petang yang mudah.

Disebabkan roti dah nak tamat tarikh luput, maka terhasillah bingka roti. Yelah asyik asyik buat puding roti je, apa kata kali ni buat bingka roti pulak.
 
Resipi mestilah yang senang-senang sahaja. Hahaha .. (dasar nak senang je)

Bahan -bahan :

6 keping roti
200 ml santan (1 kotak santan)+ ½ cawan air
½ cawan gula halus 
2 biji telur dan pukul sedikit
sedikit garam
1 cawan tepung gandum
sedikit esen vanilla
1 cawan susu cair @ susu segar

Cara -cara membuatnya :

*pre heat oven terlebih dahulu. 

1. Carikan roti dan rendam dalam santan seketika sehingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum, telur, susu cair ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi roti + santan tadi.

3. Masukkan esen vanilla + gula. Gaul hingga sebati. 

4. Sapukan mentega di sekeliling acuan supaya tidak melekat nanti.

5. Bakar 180°c selama 1 jam. 15 minit terakhir, tukar pada api atas, supaya akan timbul kerak pada lapisan atas kuih. Baru best

Siap untuk dihidangkan. Jangan lupa mencuba nya. Semestinya mudah dan cepat.





Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil