Uncle Ron's Cafe, Strand Damansara

Rasanya tak perlu lah nak perkenalkan restoran yang famous amos ini. Dah terkenal pun, kalau tak takkanlah crew jjcm, tv9 terjah restoran ini. 

Restoran Uncle Ron's Cafe
The Strands Damansara
Sila taip je kat IG atau FB dah ada page pun. Kat situ ada alamatnya. 
Buka jam 12 tengah hari hinggalah ke tengah malam. 

Tok tok Assalammualaikum...
Pakcik Ron ada?? 

Jangan risau, ada je waiter yang datang kat meja untuk ambil order. Hari tu kami datang, kami adalah pelanggan yang pertama. Buka pintu je, terus terjah.

Nampak tak? Payung jjcm pun ada kat sini.

Kalau sesiapa nak jamming kat sini, silalah. Kalau agak-agak tak dapat nak sertai AF, bolehlah cuba nasib kat sini.

Kalau untuk makan tengah hari, mereka ada sediakan set. Maka senanglah buat pilihan. Set ini bersekali dengan pilihan minuman.

Nasi goreng + Chicken chop

Nasi goreng + Chicken wings. Sos tu win sangat.
Nampak macam sikit kan? Padahal boleh je share untuk 2 orang. Kenyang wehh.
Murah rezeki uncle ron sebab bagi portion besar-besar kat customer.

Salted egg chicken chop
Menu ini kena cuba. Memang ada umphhhh. Very recommended. WIN

Beef Nanchos with Cheese. 

Dapat air free kalau order set lunch

Harga pun ok 

Kalau ada sesiapa di area Strands Damansara, Maka moh le kamu semua terjah restoran ini. Kena cuba tau. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil