Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Jalan Jalan Tuaran,Sabah

Masa mula mula sampai Labuan, kami memang buat senarai untuk pergi menjelajah sekitar Sabah, kalau boleh nak seluruh Sabah. Nak memandu seluruh Sabah. Setakat ini kami dah menjelajah Kimanis,Menumbuk, Bandar Kuala Penyu, Bandar Papar, Keningau (paling sadis sebab tiada line telefon, kalau telefon resort pun putus-putus), Bandar Beaufort.
Hajat kali ini nak menjelajah Kota Belud, tapi apakan daya banjir pula. Cuaca tidak mengizinkan. Masa kami sampai ini, sepanjang jalan ada kenderaan bomba membantu memindahkan penduduk kampung yang terjejas. 
Disebabkan banjir, kami terus ke Bandar Tuaran sebab nak tengok Pantai Dalit.
Disambut dengan 3 patung gergasi Kuda. Bagi sesiapa yang tidak tahu, bandar Tuaran terkenal dengan masyarakat Bajau. Sinonim masyarakat Bajau adalah kehandalan mereka menunggang kuda.
Di saat akhir, kami tidak jadi untuk ke Pantai Dalit disebabkan cuaca hujan lebat dan pokok tumbang. Di Tuaran juga terdapat hotel terkemuka dengan pemandangan cantik iaitu Rasa Sayang Shangri…

Waktu Terbaik Ke Kundasang

(Gambar yang diambil akhir bulan April tahun lepas)
Disebabkan ramai kawan-kawan tanya bulan berapa yang terbaik untuk ke Kundasang melihat kecantikan Gunung Kinabalu, maka post hari ini adalah untuk mereka yang selalu bertanyakan. Sebab nak jawab satu satu dalam instagram amat payah. 
Bulan terbaik : akhir bulan Mac - awal Julai Masa ini cuaca cerah.  Waktu terbaik untuk melihat gunung adalah waktu pagi bermula jam 7pagi sebab dalam jam 9-10pagi ada kabus disekeliling gunung tersebut. Nanti beli tiket kapal terbang mahal mahal, rugi tidak dapat bergambar dengan pemandangan cantik terutama di Desa Cattle Farm. Tempat yang terkenal pemandangan ala ala New Zealand. 
JANGAN DATANG KOTA KINABALU / KUNDASANG / RANAU AKHIR BULAN TERUTAMA BULAN OKTOBER -DISEMBER 
Waktu ini musim hujan dan langit mendung. 

(Gambar yang diambil bulan September 2017)
Nampak tak berkabus macam tu? Rugi kan. Tak nampak Gunung Kinabalu. Musim hujan kebanyakkan homestay juga tutup disebabkan jalan licin. 
Kalau nak pergi ke…

Cara Mudah Nak Buat Kimbap

Hari tu punyalah malas nak masak untuk tengah hari, tiba tiba timbul idea nak makan kimbap sebab teringat beras yang dibeli bercuti di semenanjung bulan mac dulu tak berusik. Maka gigih pergi ke Pasaraya UtamaJaya di Labuan untuk mencari seaweed. 
Sukatan beras ini mudah :  1 cawan beras = 2 cawan air Masak di dalam periuk nasi. 
Selesai beras di masak, gaul dengan minyak bijan masa nasi itu panas panas. Senang untuk diserasikan. Lepas itu biarkan nasi sejuk sebab nanti kau nak kepal kepal nasi tu tak adalah terbakar tangan.
Buat telur dadar. Pastikan guna non stick pan supaya mudah anda menggulungnya. Bahan bahan lain seperti timun, crabstick, lobak, sosej dan apa apa sahaja bersesuaian untuk disumbat ke dalam kimbap tu.
Hasil gulungan yang tak berapa nak kemas. Jari dah tak lembut dah. 
Maka kenyanglah kami anak beranak makan kimbap untuk makan tengah hari. Sekali sekala ubah selera apasalahnya.

Kali Ke 2 Beraya Di Labuan

(Nak habis tahun dah baru kau nak post cerita raya. Sabar jelah. Inilah dikatakan cerita yang dah lama berkurun duduk dalam draf blog ni. Harap dapat membacanya dengan nada gembira)

Ini adalah kali kedua kami beraya di bumi Labuan. Dah macam duduk jauh sahaja dari Malaysia padahal dalam Malaysia juga. Kali pertama tak balik sebab baru lepas bersalin. Kali kedua tak balik adalah saja tak balik sebab nak merasa beraya di Labuan. Lagipun cuti sekolah hanya seminggu, jadi memang malas nak balik sebab macam tak cukup kami nak beraya seminggu maklumlah kampung dua dua jauh antara satu sama lain. Maka marilah kita kumpul banyak banyak memori di pulau ini. 
Hari Pertama Raya : 

Pagi raya biasalah kaum ibu ibu paling sibuk menyiapkan juadah raya. Macam biasa lauknya ialah : Nasi Impit Kuah Kacang Rendang Daging Kuah Lodeh Fuh macam bangga pula dapat siapkan juadah raya. Lepas makan maka bergegas pergi solat aidilfitri di masjid. Masa ini tiba-tiba rasa sayu pula. Suasana adik beradik berhimpun hanya d…

Makcik Jual Ayam

Setiap minggu memang akan diperuntukkan sehari untuk pergi pasar beli barang basah mingguan. Hari-hari masak mahu tak habis. Peti sejuk pun dah kosong. Selepas hantar budak budak hadiri kelas mingguan mereka maka saya akan terus ke pasar UTC Sentral dan pasar tani yang terletak di Labuan Walk. 2 pasar ini memang wajib pergi setiap minggu.  Jangan terkejut. Pasar di sini tersangatlah bersih. Tak ada lantai lecak, sampah atau kertas surat khabar basah di lantai. Pasar di sini dibahagikan kepada beberapa seksyen. Seksyen ikan, seksyen daging, seksyen ayam, seksyen sayur dan buah, seksyen makanan kering dan banyak lagi.
Maka berbalik kepada cerita makcik jual ayam ini. Maklumlah memang jenis ramah makcik ini,maka tidak hairanlah dia banyak pelanggan walaupun di situ berderet peniaga jual ayam, kiub dia paling meriah. 
Me : Makcik, minggu lepas tak ada. Pergi mana? Makcik : Pergi KL Me : Wahh bestnye. Ada majlis kahwin lagi ke makcik (sebab hari raya hari tu dia pergi KL sebab ada majlis kahwin…

Tip Bagi Anak Suka Makan

Setelah mengalami kepayahan dengan dua orang anak sebelum ini (seorang cerewet makan,seorang lagi makan ikut mood) maka masa mengandung kali ke 3 ini,memang membaca banyak buku dan artikel ilmiah. Kira nak tingkatkan lagi ilmu keibubapaan. Semestinya bermula daripada mereka bayi lagi. Topik pemakanan ini memang saya cari sebab tak nak berlaku lagi anak yang cerewet makan dan hanya nak susu sahaja. 
Kali ini anak nombor 3 berjaya. Alhamdulillah. Menjadi anak yang menghargai makanan dan memang suka makan. Kalau menangis, hulur makanan,dia akan diam. Kalau kita ada makanan di tangan, pasti dia ada di sebelah. 
Saya nak kongsi di sini tip yang saya praktiskan daripada bacaan yang saya baca. Manalah tahu ada rezeki anak keempat, boleh baca semula.
Tip 1  :  Penjadualan makanan. Contoh anak saya  (Umur : 1 tahun 4 bulan)
700am makan pagi 1000am pagi snek 1230 - 1300 makan tengah hari 1600 snek  1900 makan malam
Bila dia minum susu? Setelah dia makan pagi dan malam. Bila umur dia sudah 1 tahun, saya han…

2 cents

Kebelakangan ini jadi stress. Bukan stress sebab masalah sendiri tetapi stress sebab masalah orang lain. Kan dah pernah ckp sebelum ini, saya memang pendengar yang baik. (perasan sendiri). 

Masalah kawan adalah mengenai kewangan. Terus tersentak bila mendengarnya. Bila beri jalan penyelesaian,empunya diri cakap dia tak boleh buat. Maka macam mana nak berubah?
Saya nak beri peringatan pada diri sendiri. Sebab nak tulis dalam blog, supaya boleh baca berulang kali. Ini apa yang saya dapat ketika hadiri kursus AKPK.
Terus kepada isi penting. Harap bermanfaat. 
1. Kalau tidak mampu hendak beli, JANGAN BELI. JANGAN TAMBAH HUTANG. Biarlah apa yang orang lain katakan, apa yang orang lain ada. Abaikan. Jangan seksa diri sendiri dan keluarga. Hutang banyak lagi malu. Jangan nak buat ansuran, itu adalah beban. Tak perlu, tolak tepi.
2. Mana mana keperluan yang ada, yang anda gunakan secara minimum sila UNSUBSCRIBE. BATALKAN. Kalau kesian anak tak dapat, ajar anak supaya berjimat. Contoh : 
a. UNIFI - …

Pemandangan Labuan

Kalau bercerita tentang Labuan pasti akan  berceritakan tentang pesisiran pantai yang cantik, pulau pulau yang menarik untuk diterokai, batu karang yang berwarna warnai yang dapat dilihat apabila melakukan aktiviti snorkeling dan diving, air laut yang kebiruan dan jernih hingga menampakkan terumbu karang. Memang cantik Pulau Labuan ini. Tak puas melihat terutama ketika matahari terbenam. Matahari terbenam di laut memang cantik dan saya bertuah dapat melihatnya setiap hari tanpa jemu dan bosan.
Pesisiran pantai yang bersih dan cantik, laut dan langit yang membiru. 
Labuan memang menarik untuk dikunjungi bagi peminat peminat pencinta alam. 
Musim panas sememangnya panas membahang. Faktor utama ialah rumah berdekatan dengan laut. Panas semacam. Memang kadang kadang tu terus pergi kedai beli aiskrim. Minum air sejuk sentiasa. Tapi apa yang menarik, pemandangan jalan jalan sekitar pesisiran pantai ini membuatkan suasana nyaman sahaja. 
Pokok pokok menghiasi sepanjang jalan di pesisiran pantai.

Bila Nama Anak, Orang Pertikaikan

Hati paling sedih bila ada orang komen dan tunjuk pandai mempertikaikan nama anak. Bila membaca di media sosial rata rata bila instafamous, artis atau sesiapa bila pamerkan nama anak, pelbagai komen dilemparkan. Pelik. Mungkin yang memberi komen itu terdiri daripada orang yang belum mendirikn rumahtangga, yang masih belum diberi rezeki mempunyai anak atau yang berpendirian yang nama anak harus / wajib diberi nama dalam bahasa arab. Selain daripada bahasa itu tidak boleh dinamakan. Dunia ini luas, terdiri daripada pelbagai bahasa. Dalam Islam sendiri menjelaskan dengan jelas supaya memberi nama anak dengan maksud yang baik. Tak ada pulak menjelaskan kena / wajib memberikan dengan hanya bahasa arab. Maka terpulanglah menggunakan bahasa latin, english, china , urdu, thailand atau sebagainya. Sebab dalam dunia ini ada pelbagai bangsa yng memeluk islam dn semestinya banyak bahasa.Ibubapa akan menyelidik dan memahami maksud nama anak sebelum diberi secara rasmi. Islam sendiri disebarkan dal…

Passport Brunei

Buat passport ni sebab nak pergi Brunei. Pegawai imigresen terangkan kepada kami sebab mula-mula nak buat passport berkumpulan. Tapi dia cakap rugi, sebab passport berkumpulan hanya boleh pergi sekali sahaja dan harganya RM 200. 
Passport ini hanya RM50 seorang dan sah sehingga 5 tahun dan hanya sesiapa yang menetap atu bekerja di Sarawak / Sabah / Wilayah Persekutuan Labuan sahaja dibenarkan untuk memohon passport ini.
Sesiapa yang menetap di negeri terbabit silalah mohon. Rugi sangat tak mohon passport ini

Perahu Layar Ke Pulau Papan,Labuan

Labuan panggil ni perahu larai. Sama maksud dengan perahu layar. Kami naik perahu ni masa Hari Sukan Antarabangsa Labuan di Kompleks Sukan Laut Labuan, Tanjung Purun awal tahun. Masa ni ada promosi hanya RM 10 kalau tak silap. Maka tak boleh lepaskan peluang. 
Kalau sesiapa nak rasa pengalaman naik perahu layar boleh berkunjung ke Kompleks Sukan Laut, Labuan setiap hujung minggu. Kalau tak silap bayaran dikenakan hanya RM 15 sahaja.

Masa ni tadah muka kat matahari. Nasib pakai sunscreen. Berumah tepi pantai ni, haruslah tepek sunscreen selalu. Kalau tak habis muka.
Dia bawa kami berlayar dan berpusing di sekeliling Pulau Papan. Gambar tak banyak ambil, sebab dok tunduk je. Panas weh sampai tak dapat nak buka mata. 
Tetiba kat tengah laut, terjadi insiden angin tak ada. Hahaha memang tak bergeraklah. Nasib line telefon ada, maka call bot penyelamat. Tunda perahu layar sampai ke pesisiran pantai.
Satu pengalaman yang menarik walaupun muka kena tadah dengan matahari. Mengelilingi sebahagian P…

Aktiviti Hari Malaysia - Hiking

Masa sampai di Labuan tahun lepas tengah pregnant, maka aktiviti macam ini memang tak dapat nak buat. Even nak buat island hopping pun tak kesampaian. Island hopping, snorkling tu semua kena tunggu baby besar sebab pengusaha aktiviti tu cakap tak digalakkan bawa baby. Sebab kena naik bot. Maka bertabah dan mereputlah kat Labuan ni. 
Seriously nak hiking ni tak rancang pun. Sebab mula-mula nk bawa budak kutip cengkerang kat pantai. Siap dah bawa tikar dan peralatan. Tetiba Encik Suami beri cadangan nak hiking memandangkan masa tu baru jam 4petang. Rezeki takleh tolak. Kalau Encik Suami dah bagi idea maknanya dia sanggup nak kendong baby yang berat 12kg tu. Hehe. Sebab last hiking dulu tahun 2014, anak nombor dua baru 2 tahun kat Sg Chilling,Kuala Kubu Bharu Selangor. Boleh tengok post tahun 2014.
Kat Labuan ni memang banyak hiking trails. So memang impian nak hiking semua tempat tu. Tapi kali ni kami pergi trails yang agak beginner. 
Jalan masuk hiking trails kat Pantai Batu Manikar. Ada …

Kena Syukur Selalu

Selalu berbual dengan bff waktu pagi masa nak pergi kerja. Main Whatsapp dengan kawan. Soalan yang selalu tanya pada kawan,
Me : Dah breakfast? Kawan : Ala tak tahu la nak makan apa. Semua sama je. Bosan (mengeluh) Me : Bila pindah sini kan, aku rasa kan dulu aku kurang bersyukur. Kawan : Kenapa plak? Me : Yelah, dulu kat sana punyalah waktu pagi banyak giler lauk terhidang kat kedai. Paru, kerang, rendang semua ada. Tu pun aku rasa bosan dan clueless nak makan apa. Bila sampai sini, punyalah susah nak cari lauk tu semua. Kat sini tak ada orang jual sambal kerang,lauk paru, rendang daging waktu pagi. Kalau nak, tung tang tung tang la kat dapur pagi-pagi. Masak sendiri. Kau tu kira bersyukur leh tunjuk je nak makan apa, boleh beli dah Kawan : yelah yelah syukur la ni. Hehe
Kadangkala kita lupa nak bersyukur atas benda benda yang kecil macam ini. Bila Allah tarik benda kecil ni, baru rasa besar impaknya pada kehidupan. Allahu akbar baru terasa insaf. 
( Pst pst kat sini waktu petang tak ada ora…

Akuarium & Muzium Marin UMS, Kota Kinabalu

Tempat ini terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah. Kalau drive, maka arah tuju adalah UMS. 
Keluasan akuarium ini tak adalah besar mana, kira kalau biar anak lari boleh pantau dari hujung ke hujung.

Bagi kami harga masuk nya agak mahal berbanding apa yang dihidangkan. Mungkin untuk kepentingan penyelidikan mereka, tu yang harga tiket agak mahal tu.
Masuk je di pintu utama,sila dongakkan kepala anda untuk menikmati panorama ini.
Jomlah kita tour bersama
Ini touch pool. Budak budak seronoklah dapat pegang dan main air.
Dalam akuarium ini, memang besar sangat sangat ikan kerapu. Boleh jamu kenduri kahwin.
Ada juga akuarium yang penuh dengan hidupan terumbu karang yang cantik cantik. Kalau ada lesen diving ni, mesti best dapat tengok dalam lautan sebenar.
Kebanyakan akuarium memaparkan ikan kerapu, penyu 
Ni lupa pulak rangka apa. Maklumlah sejak ada baby ni dah tak boleh buat note. Kalau tak, penuh note bertulis tangan.

Lok Kawi Wildlife Park, Kota Kinabalu

Disebabkan di Labuan tak ada zoo,  hanya ada Tmn Burung sahaja, maka hari tu kami ke Kota Kinabalu untuk pergi menjelajah di Lok Kawi Wildlife Park. 
Yuran masuk hanya RM10 sahaja.  Kira Lok Kawi Wildlife ni macam zoo mini la.  Banyak juga binatang yang ada.  Masa kami datang tu tak berapa ramai,  cuma cuaca agak panas.  
Budak-budak sukalah berlari ke sana ke mari.  Daripada awal tahun lagi mereka minta untuk ke zoo.  Nasib lah ada kat Kota Kinabalu. 
Volunteer bagi penerangan mengenai gajah.  Seronok.  Pandai dia bercerita menarik minat budak-budak. 


Maaf,  gambar tak banyak.  Gambar pintu masuk ke Lok Kawi Wildlife Park ni pun tak sempat ambil.  Menjaga budak-budak super aktif ini.  
Di sini juga ada tempat pertunjukan binatang.  Ada masa yang ditetapkan. 
Penonton tak sabar.  Semua ambil port tempat yang ada kipas.  Panas wehh. 
Burung kakaktua yang pandai matematik.  Ada macam-macam binatang buat persembahan selain burung kakaktua.  Ada monyet,  ular sawa,  orang utan,  benturung (comel …