Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Picky Eater

Kebanyakan budak mesti ada fasa yang dipanggil 'makan cerewet / picky eater'.  Masa ini memang susah ibubapa nak kena paksa makan dan perah idea nak masak apa.  
Dulu anak lelaki saya memang cerewet makan.  Payah sampai penat lah nak cari idea macam mana nak suruh dia makan.  Idea pertama yang saya buat,  saya beli makanan 'finger food' macam roti,  biskut atas meja dan susun cantik-cantik.  Tempat yang paling dia boleh nampak dan capai.  Kenapa kena susun cantik? Sebab budak mudah tertarik apabila kita susun sesuatu dengan cantik dan teratur.  Paling penting dia mudah capai.  Sejak dia bersekolah,  dah ok.  Tak perlu risau.  Pergi kedai makan pun,  dia akan order sendiri dan habiskan. 
Tetapi sekarang saya tengah bergelut dengan anak nombor dua.  Badan dia memang kecik,  halus sahaja.  Kalau banding dia yang umur 4 tahun dengan adik dia.  Memang nampak adik dia lagi besar.  (adik umur 6bulan). Dia ini jenis aktif,  mestilah kan budak-budak.  Saya memang selalu perhatika…