Picky Eater

Kebanyakan budak mesti ada fasa yang dipanggil 'makan cerewet / picky eater'.  Masa ini memang susah ibubapa nak kena paksa makan dan perah idea nak masak apa.  

Dulu anak lelaki saya memang cerewet makan.  Payah sampai penat lah nak cari idea macam mana nak suruh dia makan.  Idea pertama yang saya buat,  saya beli makanan 'finger food' macam roti,  biskut atas meja dan susun cantik-cantik.  Tempat yang paling dia boleh nampak dan capai.  Kenapa kena susun cantik? Sebab budak mudah tertarik apabila kita susun sesuatu dengan cantik dan teratur.  Paling penting dia mudah capai.  Sejak dia bersekolah,  dah ok.  Tak perlu risau.  Pergi kedai makan pun,  dia akan order sendiri dan habiskan. 

Tetapi sekarang saya tengah bergelut dengan anak nombor dua.  Badan dia memang kecik,  halus sahaja.  Kalau banding dia yang umur 4 tahun dengan adik dia.  Memang nampak adik dia lagi besar.  (adik umur 6bulan). Dia ini jenis aktif,  mestilah kan budak-budak.  Saya memang selalu perhatikan dia apa yang boleh buat dia makan.  

1. Jenis nak bersuap,  kalau tak suap makan ke mana,  dia pun ke mana. 

2. Dia memang selalu jenguk kat atas meja makan.

3. Suka makan atas biskut dengan syarat biskut tu kena bagi dia nampak.  Maknanya letak dalak bekas lutsinar dan susun cantik-cantik.  

4. Perempuan memang suka warna pink.  Maka kebanyakan minum petang saya,  saya akan buat kek warna pink.  

5. Lebih tertarik dengan mee atau makanan yang dia tak pernah nampak.  Sebab dia jenis suka mencuba. Nasi is a BIG NO.  

6. Suka benda berkuah.  

Maka inilah masakan saya untuk dia. Mana tahu boleh bagi korang idea nak masak apa untuk anak.  Dapat anak yang picky eater ni,  kita jangan cepat mengalah.  Kena lebih usaha.  Jangan selalu hidangkan makanan fast food untuk dia.  Sebulan sekali oklah,  jangan seminggu sekali.  

Tosai + kari ayam pekat. 
Ini memang kegemaran dia.  
Masak capati jangan besar sangat acuan dia.  Buat kecil-kecil,  sebab senang dia pegang dan bawa ke hulu ke hilir.  Hari tu buat,  6 keping dia makan.  Big yeay for me. 

Kuih lapis (ala saya panggil kuih bendera). 
Letak dalak acuan yang cantik dan warna pink kena ada.  

Sup ayam + fishball (letak banyak-banyak) 
Abang makan dengan nasi tetapi dia saya celurkan mee. 

Nasi goreng daging + letakkanlah beberapa ketul sosej sebagai syarat.  Dengan harapan kalau dia nampak,  dia makan.  Ini kena makan bersuap. 

Ayam panggang.  
Cecah sos.  Memang laju dia makan. 

Cheesecake layer dengan coklat.  

Kekadang kalau dah tahap tak ada idea nak masak apa,  buat jagung rebus atau jagung bakar.  Asalkan dia boleh pegang dan bawa ke hulu ke hilir. 

Ini stesen makanan dia.  Memang saya buat macam tu supaya dia ada keinginan nak makan. 

Cucur kentang.  Cecah dengan sos cili thai + mayonis.  
Pernah share resipi ni kat blog. 

Scones. 
Makan dengan jem
Pun pernah share resipi kat blog. 

Anak yang cerewet makan memang kita sebagai ibubapa memang risau.  Tambahan berat badan dia tak naik naik.  Tapi saya anggap ia sebagai satu cabaran dan bukan alasan untuk bawa anak saya makan diluar atau bawa ke restoran makanan segera.  Saya anggap satu cabaran untuk lebih variety lagi masakan saya.  

Kalau ada sesiapa macam saya,  boleh share idea sebab kadangkala saya pun buntu. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil