Posts

Showing posts from February, 2017

Iklan Tidak Berbayar : Tropika Baby Herbal Cream

Image
Sungguh tak berbayar pun saya promote benda ni.  Sebenarnya hanya ingin berkongsi pengalaman serba sikit.  Maklumlah walaupun anak dah bertambah tapi banyak lagi yang kena belajar.  Lain anak,  lain ragamnya. 
Kalau dulu anak-anak asal batuk dan selsema je,  saya just mandikan dengan air suam dan buat minyak bawang putih.  Alhamdulillah berkesan juga.  
Untuk yang latest edition ni,   saya sahaja nak mudahkan kerja,  maklumlah nak uruskan anak-anak bukannya senang walaupun sepenuh masa di rumah.   Rasanya semua sudah tahu kan bayi bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan makan ubat batuk dan selsema.  
Jadi saya pun cari lah jalan penyelesaian yang mudah dan berkesan. 

Saya gunakan produk di atas.  Apabila anak saya mula je tanda-tanda selsema dan batuk ala ala nak berkahak tu,  maka menjadi rutin sapukan krim ini dibahagian tapak kaki,  dada dan belakang badan setiap kali habis mandi,  sebelum tidur dan pada jam 2-3pagi (ketika anak menyusu). Kalau dia tak menyusu pun, sila bangun,  jangan ma…

Ikhwan Delights, Ujana Kewangan

Image
Di sekitar Labuan ini,  banyak kedai makan yang menarik.  Macam-macam pilihan yang ada. Walaupun tak sebanyak kat semenanjung tu.  Tapi bolehlah nak hangout dengan keluarga masa hujung minggu. 
Kedai ini baru buka di Ujana Kewangan.  Maka kami pun food testing la kat sini.  Sedap ke tidak kan.  Rugi tak cuba makan kat kedai baru. 
Interior dalaman restoran agak menarik. 
Kemas, simple dan teratur. 

Encik Suami pesan pasta.  Oklah rasanya.  
Budak-budak pesan beef pepperoni pizza.  Ini korang kena cuba.  Sedap.  Nipis tak setebal pizza.  Maka ada pilihanlah selain nak makan kat pizza hut di sini. 
Saya order Nasi Goreng Kampung.  Sedap dan yang penting pedas.  Maka tekak boleh terima. 
Sesiapa yang bawa kanak-kanak,  mereka akan diberi cupcake percuma.  Double yeayy untuk budak-budak.  Di sini ada juga jual kek,  bergantung apa yang mereka sediakan pada hari tersebut. 
Teh O Ais dan Milo Tabur. 
Mesti korang nak tahu harga kan.  Kat Labuan ni biasalah harga makanan standard.  Tak mahal dan tak …

Apa yang anda perlu tahu mengenai Labuan

Lama nau tak menulis,  bila buka blog je rupanya ramai yang tinggalkan message nak tahu pasal Labuan.  Ada juga 2-3 orang yang hantar email tanya.  Nampak gayanya saya perlu senaraikan perkara-perkara yang harus tahu jika melancong di Labuan atau berpindah ke Labuan.  Tapi post ini lebih kepada sesiapa yang berpindah ke sini.  Sebab ramai tanya macam mana nak dapatkan maklumat selok belok Labuan ini.  1. Labuan hanya mempunyai satu hospital iaitu Hospital Nukleus Labuan (hospital kerajaan).  Tak berapa besar,  hanya 2 tingkat sahaja. Di sini terdapat banyak Klinik Desa (iaitu di setiap kampung)  yang dikawal oleh jururawat masyarakat.  Doktor tidak ditempatkan di klinik desa.  Setahu saya (dengar kat radio Labuan.fm), hanya 3buah klinik desa mempunyai doktor itupun hanya rotation.  Kalau sesiapa sakit,  pergi ke Klinik Kesihatan Membedai yang terletak berhadapan War Cemetery Memorial dan bersebelahan dengan TUDM.  Padatnya tak perlu cakap sebab hanya ada sebuah je klinik kesihatan.  K…

Bila Budak Bandar Balik KL

Image
AMARAN KERAS : Post ini akan mengandungi banyak gambar makanan yang menyelerakan.  Perempuan mengandung tidak digalakkan baca,  mengidam nanti susah pulak suami mencari. 
Tahun lepas balik semenanjung selama 17 hari.  Seminggu sebelum balik tu siap cakap dekat Encik Suami lagi,  17 hari balik,  nak makan 17 jenis makanan.  Yelah masa mengandung kat Labuan,  banyak tak dapat.  Sadis betul.  Pilihan di sini agak terhad.  Maka balik 17 hari tu,  kami menjelajah kawasan sekitar mencari makanan.  Hahaha dah macam apa je.  Memenuhi aktiviti seharian la katakan.  
Day 1 :  Makanan : Satay Willy Tempat : Medan Selera Sg Ramal,  Kajang.  Memang sedap.  Dekat Labuan tak dapat sate sesedap ni. 
Day 2 : Makanan : Mee Udon,  Sushi,  Udang Tempura,  (Japanese Cuisine)  Tempat : Restoran Miyagi,  Bangi
Day 3 : Makanan : Nasi Kandar Haseena Maju (lawak tul,  nasi kandar ni memang teringin sangat sebab peria goreng rangup mamak ni memang heaven dan ayam masala dia memang terbaik)  Tempat : Bandar Seri Putra
Day 4 …

Hobi Baru Suri Rumah Sepenuh Masa

Image
Masa balik semenanjung tahun lepas,  sempatlah melawat Taman Teknologi Mardi.  Memang cantik dengan banyak pokok herba,  bunga.  Disusun dengan kemas.  Cantik kan?  Ada banyak lagi gambar taman,  tapi malas nak upload. 
Maka sejak balik ke Labuan,  jiwa jadi kacau.  Hahaha bukan kacau apa,  kacau nak buat hobi baru.  Tambahan pulak jiran sebelah menyebelah dua-dua hobi berkebun.  Haishh tak boleh jadi.  Tak mahu kalah,  nak cantik gak.  Jiran-jiran banyak kongsi pengetahuan.  Maka kiranya jadi terpengaruhla.  Asal buat mesyuarat tepi pagar je cerita pasal pokok.  Mana boleh jadi kan.  
Alkisahnya tiap - tiap minggu pergi Pasar Tani yang terletak di Labuan Walk.  Orang lain pergi pasar tani beli ayam,  sayur,  buah,  kuih tapi saya mencari pokok.  Banyak duit hangus di situ.  Redha demi hobi baru.  Macam - macam pokok dijual di pasar tani.  Jadi teruja plak.  Tanah untuk dijual pun ada.  Maka bermula lah episod menanam.  
Gambar Atas : Kaktus.   Gambar Bawah :  tak tahu bunga apa.  Yang pasti…