Skip to main content

Apa yang anda perlu tahu mengenai Labuan

Lama nau tak menulis,  bila buka blog je rupanya ramai yang tinggalkan message nak tahu pasal Labuan.  Ada juga 2-3 orang yang hantar email tanya.  Nampak gayanya saya perlu senaraikan perkara-perkara yang harus tahu jika melancong di Labuan atau berpindah ke Labuan. 

Tapi post ini lebih kepada sesiapa yang berpindah ke sini.  Sebab ramai tanya macam mana nak dapatkan maklumat selok belok Labuan ini. 

1. Labuan hanya mempunyai satu hospital iaitu Hospital Nukleus Labuan (hospital kerajaan).  Tak berapa besar,  hanya 2 tingkat sahaja. Di sini terdapat banyak Klinik Desa (iaitu di setiap kampung)  yang dikawal oleh jururawat masyarakat.  Doktor tidak ditempatkan di klinik desa.  Setahu saya (dengar kat radio Labuan.fm), hanya 3buah klinik desa mempunyai doktor itupun hanya rotation.  Kalau sesiapa sakit,  pergi ke Klinik Kesihatan Membedai yang terletak berhadapan War Cemetery Memorial dan bersebelahan dengan TUDM.  Padatnya tak perlu cakap sebab hanya ada sebuah je klinik kesihatan.  Klinik swasta banyak,  mostly doktor yang buat LOCUM.  Klinik swasta yang saya rasa paling bagus,  Klinik Suria.  Sebab memang ada doktor pakar daripada Kota Kinabalu datang sebulan sekali di klinik itu.  Bagi sesiapa yang mampu,  dipersilakan.

2 . Tong gas yang baru di sini memang azab nak mencari.  Susah giler.  Kalau ada pun yang orang lain punya yang berpindah keluar Labuan.  Harga tong gas adalah sangat mahal RM 200 - 250. Silalah nganga mulut anda seluasnya. 

3. Kalau nak cari rumah sewa,  boleh cari di Mudah. my tapi tak banyak pilihan.  Meh cari kat sini. Harga agak mahal.  Tapi sejak akhir-akhir ni sebab trend ramai yang pindah keluar,  harga dah turun sikit.Bolehlah dari mula-mula datang dulu.  RM 650 dah boleh dapat rumah landed. Tapi kawasan bandar memang mahal la sikit,  nama pun bandar kan.  Ala kalau kawasan luar bandar pun tak salah,  Labuan ni kecil je,  sekejap je leh sampai pejabat.

FB : Rumah Sewa Labuan

4. Kalau nak tahu apa-apa info mengenai Labuan,  ada 2 FB pages yang memang aktif. 

Info Pertama

Info Kedua

atau pun boleh likes page Labuan Information centre.  Tapi yang best kalau beli barang atau makanan yang mereka jual di pages tu,  COD haha.  Depan rumah,  tu yang best. 

5. Labuan dikelilingi oleh laut,  maka pantainya semestinya cantik.  Boleh snokling,  islandhopping,  bananaboat, kayak ke pulau -pulau berdekatan (Pulau Karuman,  Pulau Rusukan kecil,  Pulau Rusukan Besar dan lain-lain).  Harga?  Bagi saya mahal la juga.  Dewasa utk island hopping adalah RM120 dan kanak-kanak RM80. Mungkin boleh runding lagi.  Pantai yang paling happening ialah Pantai Layang Layangan. Penuh sesangat kalau petang hujung minggu. Bolehlah nak picnic dan ber-BBQ tiap-tiap hari, pilih sahaja memana pantai kat labuan,  mesti cantik.

6. Orang Labuan memang peramah.  Seronok.  Mana-mana tak rasa janggal atau kekok.  Takdelah nak cakap negeri lain tak peramah,  tapi Labuan ni special sikit.  Mungkin sebab kecik,  pusing-pusing tang tu juga. Kebanyakan penduduk adalah orang luar yang datang bekerja di pulau ini. 

7. Kat sini memang tak nampak sangat bas sekolah.  Ada, memang ada tapi jarang/beberapa kerat sahaja.  Kebanyakan ibubapa yang hantar dan mengambil anak.  Pengangkutan awam adalah berbentuk van dan bas mini.  Ada juga teksi dan kereta sapu.  Teksi banyak dekat lapangan terbang.  Pelajar menengah banyak yang naik "bas mini" ini. 

8. Mall yang ada di sini satu satu nya adalah Ujana Kewangan / Financial Park.  Bahagian bawah adalah deretan kedai menjual barang ala ala macam Pasar Seni.  Bahagian atas adalah pejabat kerajaan.  Di sini ada Parkson dan Giant kecil.  Kecil bermaksud terhad barangan jualan nye.  Tak ada outlet brand yang gah gah nye.  Kalau datang jam 7petang dah lengang, banyak kedai tutup. Yang buka pun banyak kedai makan seperti KFC dan PizzaHut.  Walaupun hujung minggu,  jam 7 memang kedai tutup. Tapi pasaraya untuk beli keperluan barang rumah banyak.  Jangan risau.  Kalau nak shopping PDI sila ke Kota Kinabalu. 

9. Restoran kebanyakannya adalah orang semenanjung.  Memang laku keras.  Maklumlah,  orang datang sini dan menetap di sini disebabkan bekerja. Maka banyaklah restoran yang menjual makanan seperti nasi kerabu,  nasi dagang,  nasi beriani,  laksa dan sebagainya.

10. Kat sini ada hiking trail yang cantik,  memang cantik pemandangannya.  Iaitu di Tanjung Kubong.  Kalau datang sini jangan lupa cuba ye.

11. Kat sini tak ada pasar malam ye.  (rindunya nak pergi pasar malam). Paling meriah pergi Pasar Tani di Labuan Walk.  Macam-macam ada di sana.

12. Kalau datang Labuan,  tak sah kalau tak makan seafood.  Memang murah. Setakat ketam tu petik jari je nak order.  Masa mula-mula sampai memang agak terkejut sebab banyak spesis ikan tak kenal.  Hahaha (ke sebab dulu jarang nak beli ikan).  Tak perlu lah nak mencari ikan siakap, memang tak ada atau jarang.  Ikan yang dulu selalu korang beli kat pasar semenanjung,  bolehlah korang lupakan.  Silalah beli ikan kerapu,  todak,  alu alu, ikan yu dan segala spesis ikan laut dalam,  memang terbaik untuk korang menikmatinya dengan harga yang berbaloi. 

13.  Labuan pulau bebas cukai.  Tapi barang tetap mahal macam semenanjung. Yang betul-betul memang murah arak dan rokok.  Tu memang sangat la murah.  Ada orang cakap coklat murah,  tapi saya tengok tak ada lah murah sangat. 

14. Yang best jarang jammed,  kalau jammed pun bila ada kemalangan atau hari hujan.  Tapi tidaklah seteruk dekat KL tu. 

15. Boleh pergi Kota Kinabalu dengan menaiki feri.  Boleh bawa kenderaan sekali.  Cas adalah berdasarkan jenis kereta.  Boleh pilih sama ada naik feri dari Labuan ke Menumbok (1jam1/2) atau terus ke Kota Kinabalu (3++ jam).  Ada juga perkhidmatan speedboat ke Kota Kinabalu.  Anda juga boleh pergi ke Brunei atau Miri. Cuma jika anda ingin ke Brunei dan membawa kenderaan anda sekali,  maka tinted kereta kena buka.  Brunei tidak membenarkan kereta yang ber-tinted masuk ke negara mereka. 

16. Pulau Labuan dah makin tak ramai pengunjung.  Kalau cuti sekolah pun,  rasanya tak berapa nak happening.  Kalau nak happening silalah pergi ke Ramsey Point (Kompleks Sukan Tg Purun)  atau Pantai Layang Layangan.  Memang happening habis. Silalah melawat sini sebab seafood murah hahaha

17. Hari - hari boleh tengok sunset/sunrise. Matahari terbenam,  matahari naik.  Cantik sangat.  Bukan senang nak dapat tau. 

Ok setakat ni sahaja nak beritahu.  Kalau ada apa-apa ingin bertanya boleh email saya.  Jangan segan jangan malu.  Nenek di sebelah rumah saya ni beritahu Labuan ini sesuai didiami oleh orang-orang tua.  Sebab aman damai dan tak ada apa sangat.  Dia cakap orang muda tak sesuai sebab nanti bosan tak tahu nak hangout kat mana.  (paling dekat Kota Kinabalu).  Dia yang cakap ye,  bukan saya. Bagi saya ok,  as long ada kawan-kawan yang baik,  ada jiran yang best yang boleh buat mesyuarat tepi pagar itu sudah cukup bagus. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…