Ikhwan Delights, Ujana Kewangan

Di sekitar Labuan ini,  banyak kedai makan yang menarik.  Macam-macam pilihan yang ada. Walaupun tak sebanyak kat semenanjung tu.  Tapi bolehlah nak hangout dengan keluarga masa hujung minggu. 

Kedai ini baru buka di Ujana Kewangan.  Maka kami pun food testing la kat sini.  Sedap ke tidak kan.  Rugi tak cuba makan kat kedai baru. 

Interior dalaman restoran agak menarik. 

Kemas, simple dan teratur. 


Encik Suami pesan pasta.  Oklah rasanya.  

Budak-budak pesan beef pepperoni pizza.  Ini korang kena cuba.  Sedap.  Nipis tak setebal pizza.  Maka ada pilihanlah selain nak makan kat pizza hut di sini. 

Saya order Nasi Goreng Kampung.  Sedap dan yang penting pedas.  Maka tekak boleh terima. 

Sesiapa yang bawa kanak-kanak,  mereka akan diberi cupcake percuma.  Double yeayy untuk budak-budak.  Di sini ada juga jual kek,  bergantung apa yang mereka sediakan pada hari tersebut. 

Teh O Ais dan Milo Tabur. 

Mesti korang nak tahu harga kan.  Kat Labuan ni biasalah harga makanan standard.  Tak mahal dan tak murah.  

Daripada 5 bintang,  saya bagi 3 sahaja.  3 sebab piza dia sedap. 

Alhamdulillah. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil