Iklan Tidak Berbayar : Tropika Baby Herbal Cream


Sungguh tak berbayar pun saya promote benda ni.  Sebenarnya hanya ingin berkongsi pengalaman serba sikit.  Maklumlah walaupun anak dah bertambah tapi banyak lagi yang kena belajar.  Lain anak,  lain ragamnya. 

Kalau dulu anak-anak asal batuk dan selsema je,  saya just mandikan dengan air suam dan buat minyak bawang putih.  Alhamdulillah berkesan juga.  

Untuk yang latest edition ni,   saya sahaja nak mudahkan kerja,  maklumlah nak uruskan anak-anak bukannya senang walaupun sepenuh masa di rumah.   Rasanya semua sudah tahu kan bayi bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan makan ubat batuk dan selsema.  

Jadi saya pun cari lah jalan penyelesaian yang mudah dan berkesan. 


Saya gunakan produk di atas.  Apabila anak saya mula je tanda-tanda selsema dan batuk ala ala nak berkahak tu,  maka menjadi rutin sapukan krim ini dibahagian tapak kaki,  dada dan belakang badan setiap kali habis mandi,  sebelum tidur dan pada jam 2-3pagi (ketika anak menyusu). Kalau dia tak menyusu pun, sila bangun,  jangan malas. 

Paling bagus ubat ni tak panas dan berbau sedap.  Alhamdulillah 3-4 hari anak bertambah baik.  Saya amalkan setiap kali dia selsema dan batuk. Memang puas hati.  Harganya agak mahal rm 39.90 (sm)  dan rm42.00 (ss). Tapi benda ni banyak promo.  Ada juga sesetengah butik baby menjualnya dengan harga rm100 untuk tiga bekas ni.  Tapi memang berbaloi untuk produk yang bagus. 

Sharing is caring xoxo


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil