Posts

Showing posts from March, 2017

Bahagian 2 : Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Labuan

Image
Nak cerita mengenai Labuan.  Taknak cerita mengenai tempat bersejarah atau tempat yang dilawati sebab itu selalu dah orang lain buat.  Maka saya nak cerita benda-benda yang terjadi dan perlu nak tahu mengenai Labuan. 


1. Hari Wilayah 
Sambutan paling meriah di Labuan. Sebulan sambut.  Rasanya di KL pun tak macam ni.  Siap ada macam-macam aktiviti selama sebulan (Feb)  termasuklah rumah terbuka. Kampung-kampung berhias,  cat baru dan bersihkan kawasan. Perayaan lain biasa-biasa sahaja.  Mungkin sebab banyak orang luar,  maka bila perayaan ramai yang 'keluar' dari Labuan.  
2. Labuan Street Art, Taman Muhibah
Di sini dalam minggu-minggu tertentu ada dianjurkan Labuan Street Art di Labuan Walk (berhadapan bangunan Tabung Haji).  Boleh rujuk jadual di FB : Tourism Malaysia Labuan.  Ada tarian kebudayaan,  street performance,  jualan dan lain-lain. Banyak aktiviti selalu dibuat di Taman Muhibah ini. 
3. Kampung Air,  Kampung Patau-patau 2.
Bagi tourist,  selalunya mereka akan adaka…

Pengalaman Pregnant dan Bersalin di Labuan

Masa pindah ke Labuan,  usia kandungan dah 5 bulan.  Masa tahu kena pindah ke Labuan,  terus pergi checkup dekat klinik kesihatan kerajaan.  Sebab?  Di Labuan hanya mempunyai 1 hospital iaitu Hospital Nukleus Labuan (hospital kerajaan).  Maka haruslah segera pergi buka buku.  Di sini checkup di Klinik Desa. Alhamdulillah memang layanan terbaik di klinik berhampiran rumah saya.  Jururawat memang peramah,  mudah mesra dan yang paling best kau tanyalah apa soalan pun,  memang dia boleh jawab dan berikan info paling 'the best'.  Kan saya dah kata,  orang di sini memang peramah.  Dah jadi kawan dah sampailah sekarang.  Ketua jururawat pun best.  Bila dia tahu je kita datang dari semenanjung,  terus tanya macam-macam.  Rasa dah macam kawan lama lak. Cuma di sini,  bila nak ambil darah,  minum air gula dan jenis high risk kena buat di Klinik Kesihatan Membedai (satu satunya klinik kerajaan)  dan pastinya ramai orang.  Nasib jururawat jenis cekap,  laju je buat kerja.  Tak adalah rasa…

Resipi Mudah Cinnamon Rolls

Image
Hari tu bosan - bosan kat rumah.  Tengok dapur. Dalam kepala asyik fikir nak buat makanan apalah petang ni. Budak kecik tu lena pula tidur.  Tetiba teringin nak makan cinnamon rolls.  Tapi takut kalau buat tak jadi.  Maklumlah amatur.  Gigihkan juga la buat sebab teringin punya pasal. Tapi seriously memang senang rupanya nak buat cinnamon rolls ni.  
Bahan - bahan :
Bahan A 
3/4 cawan susu segar 1/4 cawan marjerin - suhu bilik. 
Bahan B
3 1/4 cawan tepung gandum 1 paket instant yis (saya guna jenis mauripan)  1/4 cawan gula halus 1/2 sudu kecil garam 1/4 cawan air 1 biji telur
Inti : 
1 cawan gula perang 1 sudu besar serbuk kayu manis / cinnamon 1/2 cawan marjerin. 
Cara - cara :
* Panaskan Bahan A.  Kacau rata marjerin sehingga marjerin cair.  Ketepikan sehingga suam. 
* Satukan 2 1/4 cawan tepung + yis + gula + garam.  Kacau rata.  Kemudian masukkan air + telur + Bahan A.  Kacau sehingga sebati. 
* Tambahkan baki tepung tadi,  sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. 
* Uli bancuhan tadi selama …