Skip to main content

Bahagian 2 : Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Labuan

Nak cerita mengenai Labuan.  Taknak cerita mengenai tempat bersejarah atau tempat yang dilawati sebab itu selalu dah orang lain buat.  Maka saya nak cerita benda-benda yang terjadi dan perlu nak tahu mengenai Labuan. 



1. Hari Wilayah 

Sambutan paling meriah di Labuan. Sebulan sambut.  Rasanya di KL pun tak macam ni.  Siap ada macam-macam aktiviti selama sebulan (Feb)  termasuklah rumah terbuka. Kampung-kampung berhias,  cat baru dan bersihkan kawasan. Perayaan lain biasa-biasa sahaja.  Mungkin sebab banyak orang luar,  maka bila perayaan ramai yang 'keluar' dari Labuan.  

2. Labuan Street Art, Taman Muhibah

Di sini dalam minggu-minggu tertentu ada dianjurkan Labuan Street Art di Labuan Walk (berhadapan bangunan Tabung Haji).  Boleh rujuk jadual di FB : Tourism Malaysia Labuan.  Ada tarian kebudayaan,  street performance,  jualan dan lain-lain. Banyak aktiviti selalu dibuat di Taman Muhibah ini. 

3. Kampung Air,  Kampung Patau-patau 2.

Bagi tourist,  selalunya mereka akan adakan aktiviti kebudayaan dan menghidangkan makanan tradisi iaitu ambuyat.  Tak silap saya untuk aktiviti begitu kena beritahu terlebih dahulu kepada ketua kampung.  





4. Sesetengah kampung mempunyai aktiviti HIJAU (bercucuk tanam).  Mereka usahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis sayuran dam menjualnya kepada orang ramai. Seronok tengok mereka ramai-ramai usaha.  Hijau segar semua tanaman.  Seperti di Kampung Lajau,  Kampung Kilan dan Kg Layangan.

5. Kalau hari minggu selalunya ramai parents lepak di kawasan SeaSport,  Tg Purun. Atau Ramsey Point.  Di situ ada busking,  dan tmn permainan.  Papan tanda LABUAN yang menjadi trademark ada di situ. Kebanyakkan kalau tourist datang melancong,  mereka akan ke papan tanda tersebut untuk mengambil gambar sebagai tanda sudah menjejak kaki di Labuan.  Dihidangkan pula dengan pemandangan kapal kapal besar berlabuh. Cantik. 









6. Hari minggu ramai juga yang keluar untuk berpiknik atau BER-BBQ di tepi pantai.  Kebanyakan pantai ada menyediakan tempat bbq.  Ada juga student UMS melakukan aktiviti berkayak. Pantai-pantai di sini memang cantik terutama ketika matahari terbenam. Di tepi pantai juga banyak kedai makanan. Nak minum air kelapa fresh dengan isi yang nipis memang sedap.  Harga dalam RM 4.50.

7. Pantai paling happening, Pantai Layang Layangan.  Memang padat.  Ada aktiviti ATV di pantai.  Di sana ada pengusaha nama Banana_boat_labuan (boleh refer IG) yang menyediakan perkhidmatan snorkeling (Pulau Kuraman,  Pulau Rusukan),  bananaboat,  islandhopping dan lain-lain. Terbaru ada aktiviti snorkeling di pulau layang layangan. Air memang cantik,  tak perlu diragui lagi. Pagi-pagi sahaja dah ada orang berBBQ di sana. Di sini sepanjang tahun ada sahaja aktiviti dilakukan untuk masyarakat Labuan dan orang ramai seperti Festival Labuan Sunset dan pelbagai lagi. 




8. Seperti biasa,  kalau nak makan seafood sedap banyak restoran yang menawarkan harga yang hampr sama.  Tapi kalau nak makan dengan pemandangan laut yang luas tempat seperti Anjung Ketam,  Anjung Ikan Bakar,  Seafood Restoran Nagalang ni meriah.  Sekarang sedikit suram mungkin ramai dah tak kerja di Labuan dan tourist tak banyak yang datang. Hari tu berbual-bual dengan tokey restoran di Anjung Ikan Bakar.  Menyatakan kerisauannya sebab pendapatan mereka tidak sebanyak dulu.  

9. Menariknya dan bagi saya yang menghidupkan malam di Labuan ialah padang bola di sesetengah tempat penuh dengan penduduk melakukan sesi latihan dan mereka ada tournament lawan antara kampung-kampung. Meriahlah bagi saya.  Kekadang kami juga ke Kompleks Sukan Labuan,  duduk kat stadium tengok perlawanan bola sepak. Dan kelab malam memang banyak.  Untuk orang bukan beragama Islam,  boleh berkunjung ke kelab malam yang beroperasi dengan tawaran yang menarik. 

10. Bagi tempat yang paling rare,  saya rasa hiking di Tanjung Kubong (Gedung Ubat,  Chimney),  memang cantik tempatnya. Pemandangan air laut dari sini memang membiru.  Terpegun melihatnya. Boleh buat aktiviti flyingfox juga. Kalau nak tahu destinasi cantik sekitar tanjung kubong boleh tanya pegawai di muzium chimney. Bagi gambar-gambar menarik,  boleh refer IG tm_labuan. Di IG tu banyak paparkan gambar gambar menarik dan makanan sekitar Labuan

11. Penduduk di sini kebanyakkannya berkomunikasi guna FB.  Mereka luahkan segala permasalahan atau jualan di page FB.  Kalau ada apa-apa masalah seperti ketiadaan air, elektrik mereka war war di situ. 

12. Pagi Sabtu dan Ahad,  ada pasar tani di Labuan Walk.  Mula-mula saya datang Labuan,  nak tahu makanan dan barang labuan, saya pergi sini.  Sini ada jual barangan basar (dapur), anak-anak pokok,  barangan kraftangan,  kuih-kuih tradisi,  jualan bundle.





13. Ada satu lagi tarikan terbaru di Labuan iaitu Sky Garden Restoran di Hotel Labuan Point,  di situ restoran yang terletak di Tingkat 8 dengan pemandangan bandar Labuan.  Ramai yang jadikan restoran itu, lokasi romantik atau menyambut hari-hari bersejarah.  Hotel sekitar Labuan juga banyak menawarkan set buffet menarik dengan tema yang pelbagai. Harga makanan pun berbaloi.  Lagi satu hotel yang saya rasa menarik nak pergi santai tengok laut ialah Hotel Palm Beach Resort.  Setelah dibuat renovation, hotel ni bertambah cantik dengan adanya hut,  buaian yang diletakkan di tepi pantai

14. Hujung minggu di jalanraya,  komuniti berbasikal dan motosikal berkuasa tinggi memang akan ada.  Seronok tengok mereka.  Lebih-lebih komuniti berbasikal,  aktif join acara di Labuan ini.  

Bagi lebih terperinci tentang acara tahunan yang berlaku sepanjang tahun di Labuan, boleh la ke page FB Tourism Malaysia Labuan. Macam - macam ada. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…