Posts

Showing posts from April, 2017

Nasi Jagung Untuk Anakanda

Image
Anak saya ni bermusim.  Kalau masa musim dia nak makan banyak,  memang banyak.  Tak perlu nak suruh.  Balik sekolah terus terpa meja makan, nak makan.  Tapi kalau masa musim tak nak makan,  mulalah macam-macam alasan dia bagi. Maka pening ibu nak fikir masakan yang perlu dibuat.  Disebabkan mee kuning,  spagethi dan mihun tak ada stok, maka terhasillah Nasi Jagung ini.  
Tak pernah buat pun.  Maka kita cuba.  

Bahan -bahan:
1 ½ cawan beras ½ cawan susu cair 1 cawan jagung (corn kennels)   nak lebih pun boleh daun pandan 1 batang serai Garam dan gula 
Bahan untuk ditumis :
1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci halia 2 inci kayu manis 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga  2 kuntum bunga cengkih 2 sudu marjerin
Cara - cara : 
* cairkan marjerin dan tumis semua bahan-bahan tumisan sehingga kekuningan dan naik bau. 
*Alihkan bahan tumisan ke dalam rice cooker.  Masukkan beras,  susu cair,  daun pandan,  serai,  gula, garam dan jagung ke dalam rice cooker.  Gaul sehingga sebati.  Kemudian masukkan …

Sabun Nablus Origin Dari Palestin

Image
Post ini ditujukan untuk yang mencari sabun yang organik tanpa bahan berbahaya.  Anda ada ezcema,  gatal-gatal kulit atau jenis kulit sensitif.  Atau kepada wanita yang menghargai kulit. Tak mahu bahan berbahaya yang menjanjikan kesan yang drastik.  No no no. Meh saya perkenalkan sabun paling sedap bau,  macam-macam jenis (boleh pilih yang mana sesuai dengan kehendak) ,  paling penting ia organik (tanpa bahan kimia bahaya),  tahan lama, paling jimat sebab boleh pakai top to toe. Boleh jadi sebagai pencuci muka tau.  Jimat.  Saya tepek dulu link page FB, nanti takut potpet potpet terlupa plak. FB : Sabun Nablus Palestin Antara koleksi sabun yang ada. 
Ini yang saya beli. Lagi banyak ketul kita beli,  tokey lagi baik hati nak kasi murah. Sila rebut peluang. Saya amek lavender, honey dan sage. Packaging je dah comel haishh.  Boleh buat hadiah untuk kawan-kawan,  cikgu (hari guru kan dah nak dekat),  doorgift untuk kahwin,  betul tak? 
Nampak tak?  Based sabun ni minyak zaitun.  Tentu korang…

Nenek Kesayangan

Post kali ini nak cerita cerita sahaja.  Cerita mengenai nenek iaitu jiran sebelah rumah.  Saya panggil dia auntie.  Umur 83 tahun.  Chinese. Tapi kalau korang tengok dia,  mesti tak percaya umur dia dah 83 tahun.  Sebab apa tau.  Dia tak bongkok,  jalan tegak je.  Cergas.  Cakap ok dan jelas.  Penglihatan bagus,  tak pakai spec.Daya ingatan pun bagus sangat. Saya selalu berbual dengan dia. Sekali berbual memang lama,  tapi saya terpaksa undur diri sebab masa anak tidurlah,  kelam kabut itik settled kan hal rumahtangga ni.  Masa buat mesyuarat tepi pagar jam 8pagi dan 5 petang. Sebab masa tu kami sama-sama siram pokok dan kemas halaman rumah.  Auntie ni idola saya bab penanaman pokok ini.  Dia adalah penyebab kenapa saya jadi obses dengan pokok dan bunga ini. Pokok pokok dia tumbuh menghijau. Rajin pagi-pagi belai pokok-pokok di halaman rumah dia. Terima kasih auntie sebab saya dapat hobi baru dikala kebosanan. Auntie ni asalnya orang Kota Tinggi,  Johor.  Menetap di Labuan dah 35tahu…

Bagaimana Nak Buat Passport Berkumpulan

Image
Siapa pernah dengar mengenai buat passport secara berkumpulan? 
Meh saya ajar bagaimana nak buat passport berkumpulan bagi orang yang jarang-jarang travel/bercuti atau nak bawa satu keluarga bercuti ke luar negara tapi nak murah.  
Passport berkumpulan ini hanya SAH digunakan untuk sesiapa yang bercuti/travel/backpacker di NEGARA ASEAN sahaja. Bagi yang tak berapa nak tahu apa itu negara asean,  maklumlah dah lama tinggalkan pelajaran geografi kat sekolah,  lepas tu pulak masa subjek ni selalu mengelat duduk belakang -belakang.  Meh saya beritahu.  Negara Asean terdiri daripada negara INDONESIA,  THAILAND,  SINGAPURA,  FILIPINA dan BRUNEI. 
Passport ini hanya sah digunakan SEKALI sahaja.  (PERGI - BALIK).
TEMPOH sah passport ini hanya 9 BULAN dari tarikh yang dikeluarkan. 
HARGA RM200  MIN 5 orang, MAX 20 orang.  Tak kiralah korang ada 20 ahli,  harga passport tetap RM 200. Berbaloi kan? 
Borang boleh diambil di kaunter Jabatan Imigresen

Ini contoh borang. 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
1. gambar pa…