Bagaimana Nak Buat Passport Berkumpulan

Siapa pernah dengar mengenai buat passport secara berkumpulan? 

Meh saya ajar bagaimana nak buat passport berkumpulan bagi orang yang jarang-jarang travel/bercuti atau nak bawa satu keluarga bercuti ke luar negara tapi nak murah.  

Passport berkumpulan ini hanya SAH digunakan untuk sesiapa yang bercuti/travel/backpacker di NEGARA ASEAN sahaja. Bagi yang tak berapa nak tahu apa itu negara asean,  maklumlah dah lama tinggalkan pelajaran geografi kat sekolah,  lepas tu pulak masa subjek ni selalu mengelat duduk belakang -belakang.  Meh saya beritahu.  Negara Asean terdiri daripada negara INDONESIA,  THAILAND,  SINGAPURA,  FILIPINA dan BRUNEI. 

Passport ini hanya sah digunakan SEKALI sahaja.  (PERGI - BALIK).

TEMPOH sah passport ini hanya 9 BULAN dari tarikh yang dikeluarkan. 

HARGA RM200 
MIN 5 orang, MAX 20 orang. 
Tak kiralah korang ada 20 ahli,  harga passport tetap RM 200. Berbaloi kan? 

Borang boleh diambil di kaunter Jabatan Imigresen


Ini contoh borang. 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

1. gambar passport ahli yang terlibat
2. Kad pengenalan dan sijil kelahiran (surat beranak)  bagi ahli yang di bawah umur 12 tahun. 

PALING PENTING : Kena lantik ketua sebab nanti masa pegawai imigresen nak tengok passport,  ketua kumpulan kena ada.  Kalau tidak,  terkandas la korang.  

Masa nak buat passport,  semua ahli yang terlibat kena hadir ye.  Sebab?  Kena dapatkan cap jari.

InshaAllah,  passport kumpulan korang ni akan siap dalam masa 5 hari sahaja. 

Harap info sedikit ni dapat bantu korang.  Selamat bercuti. 

P/S :  Sesiapa yang ada hutang PTPTN tu harap periksa lah sama ada korang boleh ke luar negara atau tidak.  Pemeriksaan boleh check di laman web Jabatan Imigresen.  Nanti terkandas, sedih je

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil