Nasi Jagung Untuk Anakanda



Anak saya ni bermusim.  Kalau masa musim dia nak makan banyak,  memang banyak.  Tak perlu nak suruh.  Balik sekolah terus terpa meja makan, nak makan.  Tapi kalau masa musim tak nak makan,  mulalah macam-macam alasan dia bagi. Maka pening ibu nak fikir masakan yang perlu dibuat.  Disebabkan mee kuning,  spagethi dan mihun tak ada stok, maka terhasillah Nasi Jagung ini.  

Tak pernah buat pun.  Maka kita cuba.  


Bahan -bahan:

1 ½ cawan beras
½ cawan susu cair
1 cawan jagung (corn kennels)  
nak lebih pun boleh
daun pandan
1 batang serai
Garam dan gula 

Bahan untuk ditumis :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu marjerin

Cara - cara : 

* cairkan marjerin dan tumis semua bahan-bahan tumisan sehingga kekuningan dan naik bau. 

*Alihkan bahan tumisan ke dalam rice cooker.  Masukkan beras,  susu cair,  daun pandan,  serai,  gula, garam dan jagung ke dalam rice cooker.  Gaul sehingga sebati.  Kemudian masukkan air.  Ini agak-agaknye sebab lain beras,  lain sukatannya. 

Maka siaplah nasi jagung.  Tadaaaa..  Sedap dan berlemak.  Senang sangat nak membuatnya. 

Kalau ada bawang goreng,  boleh buat hiasannya. 

Nasi Jagung ini sesuai dimakan dengan ayam goreng rempah,  ayam masak merah dan acar timun.  

Tapi hari tu,  sebab pagi-pagi dah keluarkan sotong,  maka masaklah sambal sotong


Alhamdulillah laju sahaja mereka makan.  

Maka ibu-ibu yang mempunyai anak cerewet makan,  dont give up okay.  Teruskan memasak dan cari idea baru.  Anggap sebagai satu cabaran dalam membesarkan anak. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil