Skip to main content

Nenek Kesayangan

Post kali ini nak cerita cerita sahaja.  Cerita mengenai nenek iaitu jiran sebelah rumah.  Saya panggil dia auntie.  Umur 83 tahun.  Chinese. Tapi kalau korang tengok dia,  mesti tak percaya umur dia dah 83 tahun.  Sebab apa tau.  Dia tak bongkok,  jalan tegak je.  Cergas.  Cakap ok dan jelas.  Penglihatan bagus,  tak pakai spec.Daya ingatan pun bagus sangat.

Saya selalu berbual dengan dia. Sekali berbual memang lama,  tapi saya terpaksa undur diri sebab masa anak tidurlah,  kelam kabut itik settled kan hal rumahtangga ni.  Masa buat mesyuarat tepi pagar jam 8pagi dan 5 petang. Sebab masa tu kami sama-sama siram pokok dan kemas halaman rumah.  Auntie ni idola saya bab penanaman pokok ini.  Dia adalah penyebab kenapa saya jadi obses dengan pokok dan bunga ini. Pokok pokok dia tumbuh menghijau. Rajin pagi-pagi belai pokok-pokok di halaman rumah dia. Terima kasih auntie sebab saya dapat hobi baru dikala kebosanan.

Auntie ni asalnya orang Kota Tinggi,  Johor.  Menetap di Labuan dah 35tahun. Ikut anak bekerja di sini. Maknanya sebelum Labuan diisytiharkan sebagai wilayah persekutuan lagi. Suami auntie dah lama meninggal.  Ada 5 orang anak.  2 lagi masih bekerja di semenanjung.  Saya memang suka berbual dengan dia.  Sebab dia banyak cerita. Seronok sebenarnya dengar orang tua-tua bercerita.  Jangan ingat dia tua,  dia tak tahu bab bab hal ehwal negara ni.  Kadangkala dia lagi update pasal hal ehwal negara daripada saya.  Mungkin sebab anak-anak dan cucu dia rajin bercerita dengan dia.

Asalnya dia duduk serumah dengan anak dan cucu cicit dia.  Rumah anak-anak dia memang depan rumah yang dia sewa sekarang.  Mulanya saya pelik.  Orang tua ni apsal nak duduk seorang kat rumah besar ni? Lama-lama dia cerita.  Dia cakap,  dia dah tua. Tak larat nak duduk dengan anak,  cucu cicit.  Bising.  Dia nak duduk seorang sebab aman tenang.  Dia cakap senang duduk seorang.  Tak perlu masak.  Nak makan,  masak untuk diri sendiri sahaja.  Tak perlu kisah sama ada mereka dah makan ke belum. Dah tua tua ni,  dia cakap dia tak larat nak layan semua orang.  Saya pula yang risau dia duduk seorang.  Siap suruh dia kalau nak tidur,  telefon letak tepi.  Dia cakap umur dia dah meningkat,  dia nak duduk tenang tanpa perlu kisahkan orang lain. Bila dia cakap macam tu,  maka saya anggap nasihat buat saya.  Jangan susahkan ibu bapa demi kesenangan kita.  Kalau kita pun selalu penat nak jaga anak,  ini kan pula ibubapa kita yang dah meningkat usia.  Bagi mereka rehat tanpa perlu susahkan mereka. 

Saya cakap "auntie takpe ke duduk seorang.  Jadi apa-apa susah". Auntie tu cakap takpe.  Anak dia tiap-tiap hari datang rumah,  berbual sampai dia tidur.  Cucu dia datang petang minggu sejam dua jam tengok dia. Muka dia kalau jumpa memang ceria. Dengan mata sepet,  selalu turunkan petua macam-macam.  Bercerita tentang labuan. Sebab dia jugalah saya tahu banyak pasal Labuan.  Saya masih ingat kata - kata auntie " You muda muda jangan duduk lama-lama sini.  Labuan ini sesuai untuk orang tua,  bukan anak muda."  Saya gelakkan sahaja.  Labuan ni tenang je.  Bawa kereta pun 60km/j. Ada lagi berhemah pernah saya alami,  40 km/j bawa kereta.  Bukan ada apa-apa pun kat depan. Tapi penduduk di sini memang jenis cool dan relax je.  Tu sebab bila balik semenanjung,  bawa kereta laju tetiba rasa gayat.  Eh,  dah kenapa hahaha.

Setiap kali buat mesyuarat tepi pagar, dialog wajib "Morning auntie.  Makan apa breakfast hari ni". Jawapan auntie ni memang sudah diketahui "Morning.  Seorang seorang minum kopi cecah roti pun dah cukup". Dan akan diikuti soalan wajib daripada saya "Auntie dah makan ubat ke belum". Sebab dia ada penyakit kencing manis.

Tiap-tiap hari saya periksa dia, dia ada ke tak ada di rumah.  Dah macam anak dia pula.  Risau sebab dia seorang.  Sekurang kurangnya jika jadi sesuatu, saya boleh beritahu anak dia. 

Oklah itu sahaja nak cerita.  Sehari tak jumpa auntie ni memang rindu sangat.  Macam nenek sendiri dah. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…