Skip to main content

Sabun Nablus Origin Dari Palestin

Post ini ditujukan untuk yang mencari sabun yang organik tanpa bahan berbahaya.  Anda ada ezcema,  gatal-gatal kulit atau jenis kulit sensitif.  Atau kepada wanita yang menghargai kulit. Tak mahu bahan berbahaya yang menjanjikan kesan yang drastik.  No no no. 

Meh saya perkenalkan sabun paling sedap bau,  macam-macam jenis (boleh pilih yang mana sesuai dengan kehendak) ,  paling penting ia organik (tanpa bahan kimia bahaya),  tahan lama, paling jimat sebab boleh pakai top to toe. Boleh jadi sebagai pencuci muka tau.  Jimat.  Saya tepek dulu link page FB, nanti takut potpet potpet terlupa plak. 

FB : Sabun Nablus Palestin

Antara koleksi sabun yang ada. 

Ini yang saya beli. Lagi banyak ketul kita beli,  tokey lagi baik hati nak kasi murah. Sila rebut peluang. Saya amek lavender, honey dan sage. Packaging je dah comel haishh.  Boleh buat hadiah untuk kawan-kawan,  cikgu (hari guru kan dah nak dekat),  doorgift untuk kahwin,  betul tak? 

Nampak tak?  Based sabun ni minyak zaitun.  Tentu korang dah hafal kebaikan.  Tak perlu nak lumur satu badan minyak zaitun.  Paling penting produk ni originally dari Palestine.  


Banyak sebenarnya jenis sabun yang ada. Ada susu kambing,  madu,  kayu manis,  lemon, saffron dan banyak lagi lah. Kan bumi Palestine subur dengan hasil tanaman,  tu yang Israel dok berebut tu.  

Jangan banyak sangat fikir tau,  takut kehabisan stok. 

Hari tu saya hampir berpinau mata mencari sabun yang dikehendaki.  Lepas tu mulalah rambang mata . Akhirnya tak tahu nak pilih apa,  suh tokey sabun tolong pilihkan yang mana sesuai.  Tokey ni banyak info.  Korang cakap je masalah apa,  dia boleh pilihkan sabun yang sesuai. 

Sabun yang saya pilih : SAGE 
Sebab nak pudarkan parut kat badan saya masa saya bersalin caeser tahun lepas. Serta ruam sebab sini musim panas membahang. Alhamdulillah seminggu lebih pakai,  kesan ruam tu licin,  parut masih ada lagi tapi warna parut kian pudar.  Oklah kan sebab baru pakai seminggu.  Kena istiqamah lebih.  Kalau cepat sangat kesan,  takut dibuatnya.  

Betapa tebalnya sabun ini.  Jimat.  Tahan lama.Tapi dah kalau korang tenyeh badan 3-4 kali sehari,  takkanlah tak nipis nipis sabun ni kan.  Keluar bilik air je,  semerbak bau sedap. Rasa badan pun sedap.  Segar.  

Haip,  Jangan berkira sangat untuk produk yang bagus ni kihkihkih. 

Cuba tau,  jangan tak cuba. Beli sabun ni,  dapat kita sama-sama membantu ekonomi Palestine. 

Sabar, sabar,  jangan klik dulu link kat atas tu,  Ada lagi produk yang bagus nak habaq ni.  Siapa suka rose water?  Angkat tangan please.  Kita sama.  Wangi dan segar.  Benda di bawah ni pun korang kena grab.  Terbaik. Tiada bahan kimia tau.  Penting untuk kulit. Tapi ini datang dari Iran. Sebab Iran memang terkenal dengan rose water ni.  Kiranya yang terbaiklah. 

Ok sekarang baru boleh klik pada link di atas,  cepat cepat sebelum kehabisan.  Percayalah anda perlukan ini untuk kulit anda. Jangan risau, owner dia akan bantu anda sehabis baik.  


Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…