Skip to main content

Ramadhan Is Coming

Alhamdulillah just 1 day left for ramadhan.  2nd time we celebrate Ramadhan here,  Labuan.

Eh tetiba pula nak cakap omputih. Check check 1,2,3. Saje nak bagi praktis,  lama sangat tak buat karangan english. Selamat menyambut ramadhan semua.  Semoga tahun ini ibadah kita lebih bertambah tambah daripada tahun lepas.

Tahun lepas,  bulan ramadhan ini selamat bersalin.  Jenuh juga la nak ganti puasa nya.  Tahun ini harap dapat solat terawih setiap malam dan tingkatkan bacaan al-quran.  Aamin.  Azam bulan puasa ni.

Sebenarnya bila bulan puasa ini,  teringat kenangan dengan kawan-kawan di pejabat.  Rindu lagi.  Agaknya mereka selalu sebut nama ni.  Teringat bila balik berlari kejar bas,  sebab takut tren terlepas.  Kalau terlepas memang masaklah sebab tren selepasnya akan bertambah ke-sardin-an nya.  Maklumlah bulan puasa,  kebanyakan akan balik ke rumah tepat masa.  Lagipun pusat jagaan kanak-kanak pun tutup awal.  Dari pejabat akan naik bas menuju ke stesen ktm.  Geng tren memang akan standby siapa dapat naik bas dulu,  mereka akan minta pemandu bas tunggu sebentar.  Memang pengalaman best la.  Macam-macam aksi. Sebab tu saya suka naik tren daripada nak memandu kereta ke pejabat. Kalau drive sah kena mengadap jammed sorang-sorang.  Tak kisahlah penat kejar tren pun asalkan ada kawan yang menemani.  Boleh susah senang bersama. Kawan memang ramai.  Lagilah bertambah meriah. Kalau dalam tren tu memang kami jelah yang tak habis - habis berbual.  Takpun buka panggung wayang mini dalam tren komuter. Ramai tumpang sekaki.  Perjalanan masih jauh,  maka rehatkan otak setelah penat bekerja. Lepas tu maka seorang demi seorang akan turun ke destinasi masing-masing.  Rutin harian.  Arghhh rindunya dengan korang.

Selalunya akan sampai ke stesen rumah selepas 1jam perjalanan daripada pejabat.  Terus ke parking lot ambil kereta,  berkejar pulak nak ambil anak dari taska.  Tapi sebelum tu sempat singgah bazar ramadhan belikan sedikit juadah berbuka untuk cikgu-cikgu mereka.  Masa tu selalunya juadah yang menjadi pilihan kuih-muih dan air tebu.  Sedekah serba sikit,  lagipun mereka dah penat jaga anak saya.

Waktu lunch kat pejabat,  jiran jiran cubicle pakat secara berjemaah tidur. Kan afdhal tidur sebelum zohor,  betul tak?  Memang senyap sunyi je suasana.  Jam 3 mulalah buat pakatan turun pergi cafe terpilih untuk tapaw makanan nak bawa balik.  Tiap-tiap hari memasak memang kadangkala terus blur nak masak apa.  Selalunya saya jarang beli,  cuma suka temankan kawan.  Manalah tahu ada lauk yang berkenan kan.  Boleh tumpang sekaki.

Nak dekat 430 petang,  semua standby masing-masing nak pecut balik rumah.  Bulan ramadhan jalanraya memanglah tersangat jammed yang luar biasa.  Jangan kata kat jalanraya jammed,  dalam kawasan pejabat ni pun kadangkala ambil masa sampai 20 minit nak keluar parking.  Sakit tu.

Tapi paling sedih bila sahur seorang,  berbuka seorang.  Maklumlah masa itu masih PJJ dengan Encik Suami lagi.  Memang sedih yang amat.  Syahdu beb sebab seorang mengadap makanan. Mula-mula memang rasa nak menangis,  tapi alah bisa tegal biasa. 

Oklah nanti kita sambung cerita lagi. Salam ramadhan semua. Harap diberi rezeki kesihatan terbaik untuk menjalani ibadah puasa. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…