Posts

Showing posts from June, 2017

Tepuk Bahu Kawan

Image
Sesekali tengok kawan sekeliling,  mana tahu ada yang memerlukan bahu untuk bersandar.  Tepuk bahu kawan perlahan,  mana tahu dapat bagi semangat pada kawan.  Walaupun hanya kecil,  tapi mungkin besar maknanya pada mereka

Satu Petang di Bazar Ramadhan

Semalam teringin nak makan kuih tepung pelita / tepung tako.  Nak buat sendiri rasa malas teramat.  Mood pun kelaut nak masak semalam,  entah kenapa. Jadi saya pesan dekat Encik Suami yang saya nak ke bazar ramadhan yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan saya. Entah kenapa bazar ramadhan di sini memang tidak menarik perhatian saya.  Kalau di Kuala Lumpur,  memang rambang mata,  habis duit kat dompet pun tak sedar. Tapi di sini semua nampak biasa,  mungkin dihati sedih tak dapat berbuka dengan keluarga di semenanjung. Jadi nafsu tu tak ada nak membeli belah di bazar. Baguslah jimat duit belanja. Maka mata melilau mencari orang menjual tepung pelita.  Akhirnya jumpa satu gerai ini.  Dia jual 3 biji = RM 1. Siap bungkus dah.  Tetiba nampak di sebelah kuih tepung pelita, kuih yang sama tapi 5 biji = RM 2. Saya berkerut.  "Abang,  apa beza kuih ini dengan kuih ni. Ada yang special ke? " sambil jari tunjuk kepada dua dua bungkusan kuih tu. "Eh sama lah dik. Tak ad…

Makan - makan di Pasar Philippines, Kota Kinabalu

Image
Banyak sangat draft kat blog ni,  dek kerana kekangan masa maka terperuklah lama dalam ni. Marilah kita me-rajin-kan diri menaip satu persatu semula. 
Kali ini nak cerita mengenai Pasar Philippine atau Pasar Filipino yang terletak di Kota Kinabalu.  Kalau tourist datang ke Kota Kinabalu,  ini adalah salah satu destinasi wajib untuk meronda. 
Pasar Philippine atau Pasar Filipino ini banyak lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti kasut,  baju,  buah-buahan, ikan masin, hasil kraftangan,  makanan dan minuman,  sayur-sayuran dan barangan dapur. 
Tapi macam biasalah,  saya mesti akan bercerita tentang makanan laut nya yang dikatakan agak murah. 
Gebu gebas sotong.  Teringin nak borong. 
Belah kiri tu omputih panggil scarlop,  yang besar gedabak ni siput kelapa.  Kalau nak suruh mereka masak siput kelapa 100gram = RM12. Tapi entahlah,  tengok rupa mcam tu rasa tak teringin pulak nak menjamahnye. 
Lobster.  Masa saya datang ni harga 100gram = RM 15 - 18. Baru saya tahu yang lobster …

Hari ke-461

Alhamdulillah dah 461 hari saya menetap di Labuan ini (pada hari saya menulis ini). Jobless.  Hanya pegang title "fulltime housewife". Alhamdulillah keputusan yang dibuat tidak mengecewakan.  Saya bersyukur dapat merasa jadi orang pulau kerana setiap hari dihidangkan pemandangan cantik matahari terbenam.Seriously memang cantik.  Pulau Labuan mempunyai banyak kawasan pesisir pantai yang menyediakan pemandangan yang cantik dikala matahari terbenam.  Dengan landskap yang bersih. Kalau sesiapa yang follow instagram saya,  anda mungkin dapat lihat gambar matahari terbenam yang banyak saya uploadkan di sana.  Kenangan beb,  nanti mana tahu rezeki kena pindah tempat lain,  tak jumpa dah tempat secantik ini. Memang rasa bertuah dapat menetap di sini walaupun cuaca panas yang luar biasa, mungkin disebabkan rumah terletak di tepi pantai. Hari-hari doa agar hujan lebat.  Pernah catat rekod (pengalaman saya)  hampir 2 minggu lebih tidak hujan. Memang panas. Bunga saya pun mati. Selaluny…

Restoran ChefTalk, Labuan

Image
Restoran ChefTalk ini terletak di dalam Hotel Ambassador 3. Menghidangkan pelbagai jenis masakan. 
Sebenarnya dah beberapa kali datang sini sebab nak makan satu jenis makanan ni je.  Tapi setiap kali datang mesti teruja sampai terlupa misi nak ambil gambar untuk upload dalam blog ni. 
Maka saya beritahu makanan yang saya pesan tempoh hari bersama-sama dengan anak saya. 
Nasi Goreng Pataya RM 8 Anak kesayangan saya punya kegemaran. Setiap kali makan di restoran,  makanan inilah yang dipesannya.  Sedap. 
Pakistani Cuisine - kat menu dia tulis macam ni.   (sebenarnya nasi arab dengan kambing)  RM 26.00 Cuma nasi dia macam kering (little bit dry). Datang sekali lagi pun,  nasi dia kering.  Mungkin memang gaya masakan macam ni kut.  Daging kambing dia ok.  Lembut

Lava Chocolate Cake RM 8.00

Nan Cheese Garlic RM 4.50 Sebenarnya datang sebab nak makan benda ni.  Very recommended.  Sedap sangat. Lembut.  Sekarang ni bila datang sini sahaja, akan pesan benda ni.  Ada nan biasa,  nan garlic,  nan cheese garl…

Tip Nak Dapatkan Sambal Sedap

Image
Hidangan paling yang dinantikan oleh keluarga saya ialah bila saya masak nasi lemak.  Maknanya seminggu sekali mesti ada menu ni.  Wajib. 
Encik Suami saya cakap sambal yang saya buat sedap.  Boleh buka kedai katanya.  Kembang kempis hidung kena puji.  Kalau Encik Suami yang puji,  maknanya betullah sebab dia sejenis yang sedikit cerewet tentang rasa makanan.  
Sebelum ini memang tak berapa nak pandai buat sambal maka titik tolak daripada itu saya gugel mana-mana tips untuk memghasilkan sambal yang sedap.  Setelah beberapa kali cuba,  maka terhasillah sambal sedap.  Sekarang ni kalau keluarga minta buat sambal tak kiralah sambal sotong,  udang,  atau ikan bilis alahai petik jari je. 
Hari ini saya nak kongsikan tip yang saya peroleh hasil meng-gugel dan bertanya pada penjual nasi lemak tersedap di Bangi. Alahai senang sangat. 
Tip 1 : 
Selepas panaskan minyak,  tumis sambal dahulu sehingga terbit minyak.  Lepas tu baru masukkan bawang yang telah di-blend. Masak sehingga terbit minyak.  Mak…