Hari ke-461

Alhamdulillah dah 461 hari saya menetap di Labuan ini (pada hari saya menulis ini). Jobless.  Hanya pegang title "fulltime housewife". Alhamdulillah keputusan yang dibuat tidak mengecewakan. 

Saya bersyukur dapat merasa jadi orang pulau kerana setiap hari dihidangkan pemandangan cantik matahari terbenam.Seriously memang cantik.  Pulau Labuan mempunyai banyak kawasan pesisir pantai yang menyediakan pemandangan yang cantik dikala matahari terbenam.  Dengan landskap yang bersih.

Kalau sesiapa yang follow instagram saya,  anda mungkin dapat lihat gambar matahari terbenam yang banyak saya uploadkan di sana.  Kenangan beb,  nanti mana tahu rezeki kena pindah tempat lain,  tak jumpa dah tempat secantik ini.

Memang rasa bertuah dapat menetap di sini walaupun cuaca panas yang luar biasa, mungkin disebabkan rumah terletak di tepi pantai. Hari-hari doa agar hujan lebat.  Pernah catat rekod (pengalaman saya)  hampir 2 minggu lebih tidak hujan. Memang panas. Bunga saya pun mati. Selalunya cuaca panas bermula dari bulan mac sampailah berlarutan hingga jun. Piring astro duduk 4 tahun di Kuala Lumpur,  elok hitam cantik,  sampai sini terus jadi putih.  Boleh bayang tak betapa teriknya sang mentari.  Pernah mandi sampai 5kali sehari kerana tak tahan panas.  Di sini jam 6 pagi sudah terang macam jam 730pagi di Kuala Lumpur.  Maka maghrib pun awal (cepat gelap)  dalam jam 630 petang (secara purata). Waktu persekolahan adalah seawal 7pagi. Kalau sekolah rendah dalam jam 12 tengah hari sudah tamat waktu persekolahan.

Kalau sesiapa yang tak pernah sampai Labuan,  pulau Labuan ini kecil sahaja.  Pusing-pusing tak sampai 1 jam dah dapat cover satu pulau.  Sesiapa yang bekerja di sini memang best,  tak ada tol, no jammed (ada kalau accident berlaku atau hujan lebat di awal pagi tapi tak seteruk di Kuala Lumpur.). Jika penduduk Labuan hendak 'keluar pulau' selain menaiki kapal terbang,  kami ada terminal feri yang menuju ke Menumbuk (lebih kurang 2jam ke Kota Kinabalu jika menaiki kereta), Kota Kinabalu,  Muara (Brunei) dan dari Brunei menaiki kenderaan selama lebih kurang 3jam boleh sampai Miri.  Jiran saya pernah menaiki kereta selama 2 hari menuju ke Kuching (Labuan --- feri ----  Muara --- Miri ---- Kuching). Dengar macam menarik kan? Ala-ala adventures gitu. Ketahuilah menaiki kapal terbang MasWings harga tiket adalah agak mahal kecuali dibuat promo. Menaiki kapal terbang Ke Kota Kinabalu adalah tidak sampai ½jam,  dan Miri adalah 40 minit. Kalau tengok telefon siap ada connection lagi.

Di sekitar Pulau Labuan ada beberapa pulau cantik yang boleh anda pergi sama ada nak snokeling,  dive atau island hopping seperti Pulau Rusukan (paling popular),  Pulau Kuraman,  Pulau Daat, Pulau Papan dan Pulau Layang Layangan.  Sesiapa yang ada lesen untuk menyelam (diving),  anda boleh menikmati keindahan 2 bangkai kapal tenggelam di dasar laut yang dipenuhi terumbu karang yang cantik dan pelbagai jenis ikan yang menarik.

Mungkin korang cakap Labuan,  pulau bebas cukai macam Langkawi.  Tapi taklah semurah mana.  Kalau ada blogger tulis cakap harga coklat murah,  takdelah semurah mana.  Indah khabar dari rupa sebenar. Ada yang murah,  ada yang hanya beza RM 2 - RM 5 sahaja daripada Kuala Lumpur.  Yang betul-betul murah pun hanya alkohol (arak)  dan rokok.  2 benda ini sahaja.  Harga minyak wangi (perfume)  pun harga lebih kurang sama macam korang beli kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  Teh O Ais di sini RM2 atau pun RM 2.20. Makanan ala carte seperti Mee Goreng adalah beharga RM 7 - 8.00. Ini adalah secara purata.  Kecuali seafood memang murah kecuali udang.  Terkejut tengok harga ikan. Memang murah.  Ikan kerapu boleh dapat dalam RM 8 - RM 10 seekor (saiz sederhana), ini yang saya pernah dapat di pasar. Paling best jika ada kawan-kawan dan jiran kaki pancing, free je dapat ikan fresh.  Ikan merah,  ikan kerapu,  ikan tongkol dan macam-macam lagi. Alhamdulillah dikelilingi jiran dan kawan kaki pancing.

Labuan mempunyai kompleks sukan yang agak besar keluasannya.  Terletak di Tanjung Purun dikenali Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dan satu lagi Kompleks Belia & Sukan W. P Labuan yang teletak bersebelahan Institut Latihan Perindustrian dan Hospital Nukleus Labuan.  Di sini hujung minggu anda akan nampak ramai yang berjongging di pesisir pantai,  berbasikal dan yang paling menarik ramai yang akan ber-hiking trail.  Labuan mempunyai hiking trail yang menarik dan pemandangan pun memang cantik. Penuh. 

Oklah penat nak menaip,  esok nak bangun siapkan sahur.  Nanti saya sambung lagi. Apapun saya rasa seronok tinggal di Labuan.  Tenang,  damai.  Bak saya tulis dalam post yang lepas,  relax je nak drive 50 km/j. Rasa sayang pula nak tinggalkan tempat ini. Oklah, Selamat Berpuasa. Moga ramadhan kali ini lebih baik amalan kita daripada sebelumnya.

XOXO

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil