Makan - makan di Pasar Philippines, Kota Kinabalu


Banyak sangat draft kat blog ni,  dek kerana kekangan masa maka terperuklah lama dalam ni. Marilah kita me-rajin-kan diri menaip satu persatu semula. 

Kali ini nak cerita mengenai Pasar Philippine atau Pasar Filipino yang terletak di Kota Kinabalu.  Kalau tourist datang ke Kota Kinabalu,  ini adalah salah satu destinasi wajib untuk meronda. 

Pasar Philippine atau Pasar Filipino ini banyak lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti kasut,  baju,  buah-buahan, ikan masin, hasil kraftangan,  makanan dan minuman,  sayur-sayuran dan barangan dapur. 

Tapi macam biasalah,  saya mesti akan bercerita tentang makanan laut nya yang dikatakan agak murah. 

Gebu gebas sotong.  Teringin nak borong. 

Belah kiri tu omputih panggil scarlop,  yang besar gedabak ni siput kelapa.  Kalau nak suruh mereka masak siput kelapa 100gram = RM12. Tapi entahlah,  tengok rupa mcam tu rasa tak teringin pulak nak menjamahnye. 

Lobster.  Masa saya datang ni harga 100gram = RM 15 - 18. Baru saya tahu yang lobster ini ada banyak jenis rupanya. 

Rambang mata nak pilih,  macam nak pilih baju raya la plak. 

Antara deretan gerai makanan laut. Berebut dorang cari pelanggan.  Maka masa inilah korang boleh buat tawaran tau.  Saya dapat hidangan sotong yang pada asalnya berharga RM24 tawar punya tawar dapat RM15. Tepuk tangan yeayy. 

Jenis ikan memang banyak,  sampai tak tahu nak makan mana satu.

Yang belah kiri bungkus plastik tu adalah aneka kerabu. Kuih muih pun ada dijual. 
  
Setelah penat berjalan dan membuat timbang tara,  kami pilih kedai makan yang menawarkan harga yang paling menarik.  Paling menarik berbanding di Labuan. 

Kerapu bara masak stim. 

Sotong telur masin

Scarlop masak halia. 

Belah kanan tu kerapu bara masak sweet sour.  Sebenarnya kerapu bara tu,  mereka belah dua dan buat dua jenis masakan untuk kami.  Untungkan 1 ikan dapat 2 jenis lauk. Kreatif betul. Tak terfikir pula.  Nanti balik Labuan,  boleh buat macam ni. Super jimat. 

Lagi satu tempat saya suka pergi di sini ialah bahagian kraftangan.  Entah kenapa sejak akhir ini makin teruja pula tengok hasil kraftangan. Tapi lupa nak ambil gambar.  

Jika datang Kota Kinabalu,  jangan lupa pergi ke sini.  Oh lupa nak beritahu,  banyak peminta sedekah kanak-kanak di sini.  Sila berhati-hati dengan beg tangan anda.  

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil