Restoran ChefTalk, Labuan


Restoran ChefTalk ini terletak di dalam Hotel Ambassador 3. Menghidangkan pelbagai jenis masakan. 

Sebenarnya dah beberapa kali datang sini sebab nak makan satu jenis makanan ni je.  Tapi setiap kali datang mesti teruja sampai terlupa misi nak ambil gambar untuk upload dalam blog ni. 

Maka saya beritahu makanan yang saya pesan tempoh hari bersama-sama dengan anak saya. 

Nasi Goreng Pataya
RM 8
Anak kesayangan saya punya kegemaran. Setiap kali makan di restoran,  makanan inilah yang dipesannya.  Sedap. 

Pakistani Cuisine - kat menu dia tulis macam ni.  
(sebenarnya nasi arab dengan kambing) 
RM 26.00
Cuma nasi dia macam kering (little bit dry). Datang sekali lagi pun,  nasi dia kering.  Mungkin memang gaya masakan macam ni kut.  Daging kambing dia ok.  Lembut


Lava Chocolate Cake
RM 8.00


Nan Cheese Garlic
RM 4.50
Sebenarnya datang sebab nak makan benda ni.  Very recommended.  Sedap sangat. Lembut.  Sekarang ni bila datang sini sahaja, akan pesan benda ni.  Ada nan biasa,  nan garlic,  nan cheese garlic dan potato nan. 

Jomlah datang ke sini untuk menikmati nan yang sedap ni.  

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil