Satu Petang di Bazar Ramadhan

Semalam teringin nak makan kuih tepung pelita / tepung tako.  Nak buat sendiri rasa malas teramat.  Mood pun kelaut nak masak semalam,  entah kenapa. Jadi saya pesan dekat Encik Suami yang saya nak ke bazar ramadhan yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan saya.

Entah kenapa bazar ramadhan di sini memang tidak menarik perhatian saya.  Kalau di Kuala Lumpur,  memang rambang mata,  habis duit kat dompet pun tak sedar. Tapi di sini semua nampak biasa,  mungkin dihati sedih tak dapat berbuka dengan keluarga di semenanjung. Jadi nafsu tu tak ada nak membeli belah di bazar. Baguslah jimat duit belanja.

Maka mata melilau mencari orang menjual tepung pelita.  Akhirnya jumpa satu gerai ini.  Dia jual 3 biji = RM 1. Siap bungkus dah.  Tetiba nampak di sebelah kuih tepung pelita, kuih yang sama tapi 5 biji = RM 2. Saya berkerut. 

"Abang,  apa beza kuih ini dengan kuih ni. Ada yang special ke? " sambil jari tunjuk kepada dua dua bungkusan kuih tu.

"Eh sama lah dik. Tak ada yang special.   Ni adik beli 3biji =RM1, 5biji = RM 2" jawab penjual tu dengan tahap confident yang tinggi.

Saya gelak. Korang dapat teka tak apa yang tak kena?

"Abang,  macam tu baik saya ambil 2bungkus kuih yang 3biji = RM1 ni,  dapat 6biji terus. Untung saya" terus hulur duit.

Penjual tu senyum.  Saya tak pasti dia dapat tangkap atau tidak maksud saya. 11 ramadhan dah dia berniaga di situ.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil