Tip Nak Dapatkan Sambal Sedap


Hidangan paling yang dinantikan oleh keluarga saya ialah bila saya masak nasi lemak.  Maknanya seminggu sekali mesti ada menu ni.  Wajib. 

Encik Suami saya cakap sambal yang saya buat sedap.  Boleh buka kedai katanya.  Kembang kempis hidung kena puji.  Kalau Encik Suami yang puji,  maknanya betullah sebab dia sejenis yang sedikit cerewet tentang rasa makanan.  

Sebelum ini memang tak berapa nak pandai buat sambal maka titik tolak daripada itu saya gugel mana-mana tips untuk memghasilkan sambal yang sedap.  Setelah beberapa kali cuba,  maka terhasillah sambal sedap.  Sekarang ni kalau keluarga minta buat sambal tak kiralah sambal sotong,  udang,  atau ikan bilis alahai petik jari je. 

Hari ini saya nak kongsikan tip yang saya peroleh hasil meng-gugel dan bertanya pada penjual nasi lemak tersedap di Bangi. Alahai senang sangat. 

Tip 1 : 

Selepas panaskan minyak,  tumis sambal dahulu sehingga terbit minyak.  Lepas tu baru masukkan bawang yang telah di-blend. Masak sehingga terbit minyak.  Maknanya 2x terbit minyak.  Barulah sedap

Mesti korang selalunya tumis bawang dulu kan?  Apa kata lepas ni korang buat tips ini dahulu.  Kalau nak masak masakan sambal je,  tumis cili dulu tau. 

Tip 2 : 

Lepas terbit minyak,  korang agak-agak masukkan santan dalam 2 sudu besar.  Kalau saiz hidangan kecil,  maka sukatan dikecilkan.  Tujuan masukkan santan supaya warna sambal korang cantik dan bertambah sedap dan berlemak.  Tapi korang jangan pulak letak banyak sangat,  nanti jadi kuah pulak. 

Tu sahaja tip pun.  Maka lepas ni korang boleh cuba tau.  Lepas tu kongsikan tips ini kepada kawan-kawan.  Selamat mencuba. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil